SEMUA sedia maklum, akibat penularan pandemik Covid-19 kesan nya bukan biasa-biasa. Banyak sektor ekonomi terpaksa dihentikan sementara dan secara tidak langsung menyebabkan ramai orang yang hilang pekerjaan.

Untuk menangani masalah pengangguran yang kian meningkat dari sehari ke sehari, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa pelan dan beberapa agensi juga dilihat terlibat antara darinya adalah Pelaksanaan Dasar Pengesyoran MYFutureJobs.

Melalui MYFutureJobs, perkhidmatan tambah nilai yang disediakan itu termasuk memuatnaik kekosongan jawatan, padanan resume dan pengambilan pekerja secara percuma.

Menariknya, Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim, sebanyak 95,161 permohonan di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan menerusi portal berkenaan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 44,940 permohonan adalah dalam lingkungan umur 20 sehingga 29 tahun termasuk para siswazah.

“Bagi memudahkan siswazah mencari kerja, kerajaan mengarahkan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) melaksanakan program Karnival Penjana Kerjaya.

“Setakat 30 Okt 2020, sebanyak 229 program Karnival Penjana Kerjaya melibatkan penyertaan 541 majikan dan telah berjaya menempatkan 4,060 siswazah dan pencari kerja yang lain,” katanya.

Langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk siswazah baharu serta pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja akibat kemelesatan ekonomi tahun ini nampaknya sangat berkesan.

MyFutureJobs

Mengulas lanjut, Awang berkata, kerajaan sedang berusaha agar pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujud dan ditawarkan kepada siswazah baharu serta pekerja-pekerja yang diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi dan ditambah pula dengan penularan pandemik Covid-19.

Iklan

Beliau berkata pelbagai program dan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menambah baik ekosistem tenaga bakat muda negara dan pembangunan kebolehpasaran program.

Menurutnya, antara inisiatif dan program yang dilaksanakan adalah Program Latihan Industri Berstruktur (SIP), Nurturing Expert Talent (NEXT), Scholarship Talent Attraction & Retention (STAR) dan Young Employable Students (YES!).

Iklan

Selain itu, dua sesi Kolaborasi Industri-Akademia (IAC) yang diadakan antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (Medical Industry) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) (General Study), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Program Insentif Pengambilan Pekerja, Bantuan Mobiliti dan program latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

— BERNAMA