Fungsi terbaharu MySejahtera, dah boleh check-in beberapa orang sekali gus

A
A
A

PENAT tiap kali masuk ke kedai atau premis terutama dengan pasangan, ibu bapa atau anak-anak perlu catat suhu badan tiap seorang? Kalau satu kedai barangkali boleh tahan.

Tapi cukuplah jika dua tiga kedai, letih juga dibuatnya kan nak mencatat dalam buku data nama, bacaan suhu, nombor telefon dan sebagainya sebelum dapat masuk bagi mendapatkan barangan dan khidmat diperlukan?

Bagaimanapun, fungsi terbaharu MySejahtera, dah boleh check-in beberapa orang sekali gus ini sangat membantu kepada mereka yang menghadapi masalah seumpamanya.

Sangat mudah! Fungsi terbaharu MySejahtera. Dah boleh check-in beberapa orang sekali gus. Mari la cuba. Pastikan update apps kepada versi terbaru ye.

1) Buka apps MySejahtera dan tekan close untuk turunkan muka check-in

2) Klik More

3) Klik Manage Dependents

4) Masukkan maklumat ahli keluarga yang anda ingin masukkan

5) Siap

6) Nanti bila check-in, anda akan ditanya samada anda ingin check in bersama atau tidak

Mudah kan? Semoga membantu

Kredit: Public Health Malaysia

INFO

Penggunaan MySejahtera Check-In telah dilaksanakan di kebanyakan tempat, termasuklah pengangkutan awam.

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dan gunakan fungsi Pengimbas Kod QR di dalam MySejahtera untuk ‘Check-In’.

Tidak perlu isi borang digital atau borang manual, hanya imbas dan masuk. Muat turun aplikasi MySejahtera anda hari ini.

Untuk pengguna aplikasi MySejahtera sedia ada (pastikan aplikasi MySejahtera anda berada di versi terkini):

i. Langkah 1: Tekan butang Kod QR di laman utama MySejahtera dan tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda (sistem kamera akan terbuka secara automatik untuk mengimbas Kod QR MySejahtera Premis);

ii. Langkah 2: Sila imbas Kod QR MySejahtera Premis; dan

iii. Langkah 3: Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera:

i. Langkah 1: Sila imbas Kod QR MySejahtera Premis menggunakan kamera telefon;

ii. Langkah 2: Laman web MySejahtera Check-In akan dibuka.

iii. Langkah 3: Pengguna perlu memasukkan nama serta nombor telefon dan perlu menjawab soalan penilaian kesihatan kendiri

iv. Langkah 4: Tekan butang ‘Hantar’; dan

v. Langkah 5: Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca