MySejahtera kongsi maklumat penting mengenai vaksin Pfizer-BioNTech

A
A
A

HARI ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan selesai menjalani prosedur suntikan vaksin Covid-19 untuk dos yang pertama pada sekitar jam 2.42 petang tadi sekali gus menjadikan beliau individu pertama menerima vaksin tersebut.

Prosedur berkenaan dilakukan di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya Presint 11 dan dikendalikan Ketua Jururawat pejabat kesihatan yang dikenali sebagai Lina Ibrahim.

MySejahtera kongsi maklumat penting mengenai vaksin Pfizer-BioNTechTurut sama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sejurus selepas Muhyiddin selesai disuntik.

Perdana menteri kemudiannya melancarkan pendaftaran program vaksinasi menerusi MySejahtera yang akan memudah cara proses pendaftaran bagi menerima vaksin.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, bertemakan "Lindung Diri, Lindung Semua" itu dilaksanakan dalam tiga fasa bermula hari ini dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buat

Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Kini kita boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin tersebut hanya dengan menggunakan telefon pintar.

MySejahtera juga turut menyediakan beberapa set soalan lazim mengenai vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech untuk makluman pengguna. Antranya adalah seperti:

1. Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech?

Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA, lipid, gula dan garam.

Perincian kandungan vaksin adalah seperti berikut: mRNA, lipids (4-hydroxybutyl) azanediyl) bis (hexane-6,1-diyl) bis (2-hexyldecanoate), 2 [(polyethylene glycol)-

2000]-N, N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and

cholesterol), potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride, dibasic

sodium phosphate dihydrate, and sucrose.

2. Apakah yang perlu saya maklumkan kepada petugas kesihatan sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech.

Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda:

  • Mempunyai sejarah alahan yang teruk.
  • Mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic Trombhocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya.
  • Sedang dalam rawatan ubatan pencair darah.
  • Sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan.
  • Sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
  • Sedang menyusukan bayi.
  • Telah menerima vaksin Covid-19 daripada jenama yang lain.

3,000 sukarelawan diperlukan untuk ujian vaksin Covid-19

3. Bagaimana vaksin covid-19 Pfizer-Biontech diberikan?

Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech akan diberikan secara suntikan ke dalam otot seperti di otot bahu.

Kita akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa tiga (3) minggu (21 hari). Kita hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan perlindungan optima.

Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang daripada jangkitan Covid-19.

4. Apakah kesan sampingan vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech?

Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:

  • Sakit di tempat suntikan.
  • Penat (tiredness).
  • Sakit kepala.
  • Sakit otot.
  • Menggigil.
  • Sakit sendi.
  • Demam.
  • Pembengkakan di tempat suntikan.
  • Kemerahan di tempat suntikan.
  • Loya.
  • Merasa tidak sihat.
  • Pembengkakan kelenjar limfa.
  • Kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin Covid-19 PfizerBioNTech.

5. Adakah vaksin Covid-19 Pfizer-Biontech selamat penggunaannya di Malaysia.

Ya, vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Jan 2021 untuk penggunaannya di Malaysia.

Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sebagai langkah kecemasan untuk mencegah Covid-19 dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan Kebenaran (EUA).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember 2020.

Ia juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah, Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca