Nak pikat hati si dia? Ikuti tip psikologi mudah @AimanPsikologi ini...

No Image Caption
A
A
A

KASIH sayang adalah sesuatu yang indah untuk digambarkan. Apatah lagi buat mereka yang dilamun cinta. Betul tak?

Mandi tak basah…

Tidur tak lena…

Jadi, apa kaedah mudah untuk buat orang sayang pada kita? Apabila mendapat sesuatu yang kita impikan itu boleh dijadikan sebagai motivasi dalam diri dan tempat untuk berkongsi suka dan duka.

Memetik tip yang diberikan oleh seorang pakar psikologi muda di Twitternya @AimanPsikologi, ini antara ‘jalan’ untuk pastikan si dia jatuh hati kepada anda!

Tip 1: Jadikan diri sebagai personaliti seperti ibu bapanya (mengikut jantina)

Mudah, nak pikat perempuan, jadilah seperti ayahnya. Begitu juga sebaliknya, nak pikat lelaki jadilah seperti ibunya.

Sebab apa perlu buat macam tu?

Kata penulis, kerana manusia berada dalam zon separa sedar mencari ‘pasangan’ sama seperti ibu dan ayahnya.

Tip 2: Pelajari ilmu psikologi keperluan seseorang

Nak pikat hati si dia, cubalah baca mengenai Hirarki Maslow kerana andai kata anda boleh sediakan apa keperluan si dia meskipun benda tersebut kecil, lama kelamaan dia pasti jatuh dalam genggaman anda.

“Contohnya mudah saja, tolong ambil tisu apabila diminta dan bagi peluang dia bercakap dalam perbualan,” tulisnya lagi. Mudah kan?

Tip 3: Cuba jadi sedikit ‘misteri’

Kadangkala, cuba jangan terlalu tunjuk atau beritahu semua benda pasal diri anda kepada si dia.

“Simpan sikit, supaya dia jadi curious nak tahu pasal anda. Bila dia curious, tu tanda minda si dia tengah terbuka dan paling penting itu petanda dia sedang membina hubungan hati dengan anda,”.

Tip 4: Kalau anda seorang perempuan, banyakkan senyum. Kalau anda lelaki pula, kurangkan senyum

Satu kajian sudah membuktikan, lelaki suka akan perempuan yang nampak mesra manakala perempuan pula suka lelaki yang nampak cool dan tegas (bukan terlalu happy go lucky).

Ingat tu!

Tip 5: Tonjol persamaan anda dengan si dia

Pastikan ia benar-benar betul. Jangan buat-buat suka pula yaa...

Anda perlu tahu, manusia ini cepat mesra dengan seseorang yang mempunyai persamaan yang sama.

"Mudah dan jelas, sama-sama berasal dari Kelantan, suka jadi fasilitator, minat pelakon Korea, semoga sama-sama dapat bina masjid la ya…”.

Tip 6: Kaitkan kasih sayang dengan sesuatu yang indah

Mengikut Teori of Associated Conditioning, buatlah apa sahaja aktiviti yang menyeronokkan seperti mendaki gunung dan bermain luncur ais bersama si dia.

"Bila dah nikmati keseronokan itu, kaitkan dengan kehadiran si dia. Mesti si dia akan tersenyum sampai telinga,”.

Tip 7: Boleh tunjuk apa yang anda miliki

Nak pastikan si dia akan mudah sayang, boleh berkongsi apa yang anda ada namun, jangan terlalu berterus-terang ketika bercakap.

Biarlah si dia ‘nampak’ diri anda secara halus. Tapi ingat, mengurat tu mengurat juga, agama jangan lupa.

Tip 8: Jangan tonjol semua sifat positif secara sekaligus

Jangan obses sangat nak tunjuk nilai baik anda, biarlah secara berperingkat (satu-satu) dan selepas itu pasti si dia akan lagi seronok kenali diri anda dan nak ‘korek’ sifat baik yang ada dalam diri anda.

Tip 9: Mahalkan diri anda dan yakinkan diri anda juga mahal

Bila anda yakin diri anda mahal, barulah si dia juga akan yakin anda juga mahal.

Pesan @AimanPsikologi, bersederhanalah dalam apa keadaan sekali pun, jangan terlalu merendah diri sehingga si dia tak nampak diri anda bernilai namun jangan pula terlalu yakin sehingga ‘show off’ tau…

Tip 10: Selalu tonjolkan diri anda pada si dia

Kajian sains sudah membuktikan, individu yang selalu muncul atau hadir depan mata biasanya akan lebih disayangi. Bila berjauhan, cepat dilupakan.

Jadi, sebab itulah hubungan jarak jauh itu sangat mencabar.

Apapun, jangan terlalu berharap dan patuh kepada tip-tip di atas sebab psikologi manusia berbeza-beza dan bukannnya boleh ‘dipakai’ untuk semua.

Paling penting, sikap jujur anda kepada si dia, apa sahaja tindakan biarlah bermula dari hati kerana apa yang pasti ia turut sampai ke hati si dia juga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca