NEGERI Sembilan berduka dan berkabung apabila Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin mangkat.

Baginda mangkat pada jam 6.53 pagi di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, lapan hari selepas genap usia 100 tahun pada 1 September lalu.

Tunku Ampuan Najihah, nama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Baginda pernah dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Agong ke-10 dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Kredit foto: Bernama

“Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, 8 Sept 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H selepas waktu Asar.

“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat, bersamaan dengan 8 Sept 2023,” menurut kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Kredit foto: Instagram Che Puan Sarimah

Selain itu, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan manakala semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa.

Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

10 INFO TUNKU AMPUAN NAJIHAH

1-Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin diputerikan di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 1 September 1923.

2-Baginda memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di London.

3-Baginda berkahwin Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman pada 8 Ogos 1942 dan dikurniakan tiga putera serta tiga puteri.

4-Anakanda baginda, Yang Amat Mulia Tunku Dara Tunku Naquiah, Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin, Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting Tunku Imran, Yang Amat Mulia Tunku Puteri Tunku Jawahir, Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Irinah dan putera bongsu Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin.

Kredit foto: Instagram Che Puan Sarimah

5- Baginda juga menjadi penaung pelbagai pertubuhan wanita, antaranya Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan Institut Wanita.

6-Almarhumah juga pernah menjadi Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Iklan

7-Baginda dikenali sebagai permaisuri yang aktif bersukan dan handal bermain hoki, bola keranjang dan badminton dan baginda juga handal bermain golf, tenis dan menembak. Baginda pernah menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan dan Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia, Pasukan Golf Wanita Malaysia dan juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia.

Kredit foto: Instagram Che Puan Sarimah

8-Tunku Ampuan Najihah prihatin kepada golongan miskin, orang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik. Baginda dikenali dikenali sebagai ‘Lady with a Heart of Gold’.

9-Atas keprihatinan yang sentiasa menyokong usaha yang murni, baginda dikenali sebagai penaung Rumah Kanak-kanak Tunku Ampuan Najihah di Temiang.

10-Nama baginda juga diabadikan termasuk Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Yayasan Tuanku Najihah dan Rumah Kanak-kanak Tuanku Najihah.

Iklan

Baca juga: 10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia

Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang