Nekad pulang semula wang BPN kepada kerajaan
BAGI meringan beban yang ditanggung rakyat akibat penularan wabak Covid-19, kerajaan mengambil pendekatan dengan memberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada mereka yang layak.
Fasa pertama pembayaran BPN telah dikreditkan bermula 6 April lalu dan bakal diteruskan hingga 15 April ini.
Pastinya kini orang ramai tertunggu-tunggu wang tersebut dikreditkan ke akaun masing-masing bagi digunakan untuk membuat pelbagai perkara.
Namun, lain pula kisahnya terhadap salah seorang penerima BPN yang dikenali sebagai Rinizan Razali apabila nekad mengambil langkah untuk memulangkan semula wang BPN kepada kerajaan.
Perkara tersebut dikongsikn sendiri oleh Rinizan menerusi akaun Facebook miliknya yang berpendapat dirinya tidak layak menerima bantuan tersebut.
“Bye-bye BPN..haha, walaupun saya pun tidak lah banyak mana pun duit.. tapi bila BPN tersalah masuk, maka pulangkan ke tempat asalnya.
“Rata-rata B40 ada yang masih tak dapat. Maka bagi yang tersalah terima, pulangkanlah ia. Kesian kat Makcik Bedah, Pak Leh Lemang, Kiai Dolah, Kak Joyah dan sebagainya di kampung,” tulisnya.
Rinizan turut berkongsi langkah untuk memulang semula BPN bagi mereka yang salah terima. Antara langkahnya adalah seperti berikut :
1) Buat bank draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
2) Tampilkan juga surat iringan alasan pengembalian BPN
3) Pos ke Pejabat Belanjawan Negara
“Jangan marah LHDN, ralat sistem normal la.. benda kalut kadang-kadang ada mistake. So,bantu mereka sama. #sayangiMalaysia.
“Sistem online ni, hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni, disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak. Jadi free lah dapat BPN.. maka dalam konteks ni kena realistik.
“Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi...Allah Maha Mengetahui. Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!
“Jadi kalau saudara atau saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut untuk LHDN agihkan semula kepada mereka yang berhak,” katanya.
Sekecil zarah tetap akan dinilai ALLAH..sekian terima kasih.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang