Officially married! Selepas 7 tahun, Nurul Zahid syukur perkahwinan disahkan di Malaysia

A
A
A

ANAK Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menzahirkan kesyukuran dan perasaan lega selepas perkahwinannya disahkan oleh kerajaan Malaysia.

Nurulhidayah, 44, atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid menerusi Instagram berkongsi berita gembira selepas proses itu mengambil masa selama tujuh tahun.

Difahamkan, status perkahwinan Nurulhidayah dengan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sah di sisi agama, namun surat nikah daripada kerajaan Arab Saudi tetap perlu diperakui di Malaysia.

Baca juga: Nurul Zahid akui potong usus, pernah cecah berat badan 100kg

Baca juga: 'Saya hilang kawan baik' NurulHidayah kongsi peribadi peserta wanita Ironman Langkawi meninggal dunia

"Alhamdulillah, selepas tujuh tahun.Terima kasih buat Peguam Syarie @fakhrul_azman_hasan yang bersama kami semasa jatuh dan bangun.

"Officially married!" kongsinya.

Berkongsi foto bersama suami tercinta, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dan peguam, Nurul turut berkongsi perkara berkenaan sepatutnya tidak dipandang enteng.

"Segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup.

Baca juga: Nurul jaga benteng Zahid, tidak kisah teruk dihentam, rasa berbaloi ambil tugas jaga bapa dan keluarga

Baca juga: 'Jangan suka-suka kecam mereka berniqab tidak memakai mask' - Datuk Nurul Hidayah

Kredit foto: Diva.my

"Jangan mengambil mudah perkara yang dianggap mudah. Menjadi 'kebiasaan' bagi mereka yang mengambil kesempatan atas 'kemudahan' yang bakal memberi implikasi kemudian hari.

"Terima kasih ALLAH atas petunjuk dan jalan bagi segala kesempitan. Hasbunallah wanikmal wakil," titipnya.

Terdahulu, Nurulhidayah dan Saiful Nizam berkahwin dalam sebuah majlis tertutup di Masjid al-Haram, Makkah pada Jun 2017.

Majlis berkenaan turut dihadiri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca