ANAK kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah mendedahkan sebelum ini beliau pernah mengalami masalah berat badan mencecah 100 kilogram (kg).

Berikutan situasi sedemikian, Nurul Hidayah mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik (pintasan perut) atau istilah popular dalam kalangan masyarakat ‘potong usus’ kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.

nurul hidayah zahid
NURUL HIDAYAH menjelaskan, beliau mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dari segi pemakanan selepas menjalani pembedahan bariatrik.

“Sejujurnya, saya mengaku kepada orang ramai bahawa melakukan prosedur kecilkan kantung perut. 

“Saya menjalani pembedahan bariatrik Sleeve Gastrectomy (kategori gastrektomi lengan),” jelasnya menerusi laman sosial Instagram @nurul.zahid baru-baru ini.

Artikel berkaitanPotong Usus: Ini Jawapan Pakar Bariatrik Untuk Cantik Atau Sihat

Cerita lanjut, Nurul Zahid menyatakan hasil prosedur berkenaan berat badannya yang mencecah 100kg sebelum ini berjaya diturunkan hingga 58kg dalam tempoh setahun setengah. 

nurul hidayah zahid
NURUL HIDAYAH berkongsi foto lama yang mana berat badannya sebelum ini pernah mencecah 100kg.

“Saya tak tipu, malah turut memberi cadangan kepada individu yang obesiti untuk buat (bariatrik). Tak mahal pun sebab pada 11 tahun lalu kos prosedur sebanyak RM15,000. Sekarang dah mahal, tetapi berbaloi. 

“Saya makan sedikit saja kerana perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yang banyak,” ujarnya lagi

UBAN

Perkongsian jujur Nurul Zahid mengenai pengalaman melakukan bariatrik pendapat respon positif daripada warga maya. Majoriti teruja bertanya lebih lanjut pro dan kontra mengenai prosedur terbabit.

Antaranya, ada followers yang memikirkan kesan pada kulit badan selepas menjalani prosedur bariatrik sama ada ia akan mengelebeh ataupun tidak.

nurul hidayah zahid
PENAMPILAN Nurul Hidayah yang semakin anggun dan sihat selepas menjalani prosedur bariatrik kira-kira 11 tahun lalu.

“Soalan yang bagus. Ia bergantung kerana kalau gemuk jawapannya, ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam.

Iklan

“Lakukan facial urut muka. Kalau malas bersenam pergi menjalani urutan badan dua kali seminggu bagi mengelakkan kulit kendur,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruangan IG Stories pula beliau menjawab pertanyaan daripada warga maya yang bertanyakan tentang selera makan selepas pembedahan.

nurul hidayah zahid“Selepas menjalani pembedahan selera makan tak menurun kerana keinginan untuk menikmati makanan itu sentiasa ada.

“Memang saya stres sebab apabila makan akan muntah. Saya mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Jadi saya makan dalam kuantiti yang sedikit,” jawab beliau yang memiliki ketinggian 167 sentimeter.

Dalam pada itu, Nurul Zahid juga menasihatkan individu supaya positif dan jangan malu berterus-terang apabila menjalani pembedahan bariatrik.

Di samping, beliau menyarankan agar jangan sesekali menipu bahawa kejayaan kurus itu kerana bersenam, berdiet atau makan produk kurus jenama sendiri. 

Iklan
nurul hidayah zahid
NURUL HIDAYAH (kanan) juga mengamalkan gaya hidup sihat antaranya aktiviti berbasikal bersama suami, Datuk  Saiful Nizam Mohd Yusoff.

“Pendapat saya berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus atau kecilkan perut?

“Bukan untuk kecantikan pun kerana ia untuk kesihatan. Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi, dengan prosedur macam saya beritahu tadi (bariatrik) adalah lebih cepat dan lebih sihat,” katanya.

Artikel berkaitanAishah Hilang 31kg Berat Badan Selepas Pintasan Usus