‘On’ aircond sekali kipas, rumah tak sejuk, bil melambung, ini sebabnya
CUACA yang membahang akhir-akhir ini membuatkan ramai diantara kita merengsa kepanasan.
Lebih-lebih lagi negara pada masa ini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September 2022. Arghh lamanya!
Baca juga: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!
Baru-baru ini Jabatan Meterologi Malaysia memaklumkan angin bertiup dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan. Ia menjadi penyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak daripada bilangan hari hujan.
Kipas dan pendingin hawa (aircond) adalah dua alat yang menjadi kemestian buat masa ini. Kadang-kadang rasa hendak pasang kedua-duanya terus supaya tubuh yang panas lekas sejuk!
Tetapi, tahukah anda memasang kedua-duanya serentak bukan sahaja menyebabkan bil elektrik melambung, malah membuatkan aircond juga perlu diselenggara dengan lebih kerap.
Menurut perkongsian seorang juruteknik, Muhammad Noramin Mat, tabiat memasang kipas dan aircond dalam masa yang sama adalah sesuatu yang merugikan.
Baca juga: Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air
“Tahu tak, bila kita ‘on’ kedua-dua alat ini dalam masa yang sama, suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul.
“Filter aircond pun cepat tersumbat. Jadi, kita kena kerap cuci filter aircond. Kalau tidak cuci, macam mana nak rasa dingin aircond tu kan? Kita akan hanya rasa rasa angin daripada dingin.
“Kalau begitu rugilah pasang aircond kalau rasa dingin tak ‘best’ kan?” titipnya.
Menerusi gambar rajah yang dikongsikan Muhammad Noramin, ketika aircond dipasang dan kipas tidak dihidupkan, kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Sebaliknya apabila kedua-duanya dihidupkan sekaligus, suhu menjadi caca merba.
“Apabila kedua-duanya on, aircond ‘pening’ dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. Ini boleh jadi penyebab bil elektrik anda tinggi,” tambahnya.
Diharapkan bagi yang memiliki dua peralatan ini boleh menghidupkan salah satu daripadanya sahaja. Benar yang kita ingin cepat hilang panas, tetapi rugi pula kerana tidak memberi kesan.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 206 batu karang dikeluarkan dari buah pinggang lelaki, doktor syak cuaca panas puncanya
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang