OnTheList satu lagi platform menarik beli barangan mewah pada harga lebih murah. Tak perlu bersesak, klik saja

A
A
A

PEMBELIAN online yang semakin rancak di Malaysia membuatkan semakin banyak platform jualan diperkenalkan.

Terbaharu, OnTheList yang diasaskan di Hong Kong oleh dua usahawan Perancis, Delphine Lefay dan Diego Dultzin Lacoste (gambar) pada tahun 2016 dilancarkan di Malaysia.

OnTheList merupakan platform konsep Flash Sale (jualan kilat untuk ahli sahaja) dan bersedia untuk merevolusikan landskap runcit mewah di Asia.

OnTheList menawarkan pelanggan akses kepada tawaran dan peluang terbaik untuk membeli-belah pelbagai produk daripada jenama antarabangsa terkemuka di dunia termasuk jenama berjenama, pakaian, aksesori, kecantikan, penjagaan kulit, kosmetik, peralatan rumah dan banyak lagi.

Pengasas Bersama OnTheList, Dultzin berkata, pihaknya sangat teruja kerana dapat memperluaskan perniagaan mereka.

Kami yakin OnTheList akan menarik minat rakyat Malaysia yang bijak membeli-belah dan mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan produk yang berkualiti premium. Model perniagaan OnTheList juga memberi peluang kepada jenama-jenama untuk berhubung dengan pangkalan data pengguna yang lebih luas, melibatkan mereka melalui platform flash sales," kata OnTheList dalam satu kenyataan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

500 jenama barangan mewah

OnTheList bekerja secara langsung dengan jenama runcit dan pengedar rasmi bagi memastikan semua produk adalah original.

OnTheList juga menyediakan platform untuk menjual stok tambahan dan menjimatkan lebihan daripada berakhir di tapak pelupusan dan pada masa sama, mewujudkan pilihan yang mampan kepada kedua-dua jenama dan pengguna.

Jenama-jenama juga boleh memuatkan lebihan inventori dan mengosongkan ruang gudang mereka dengan menjual item musim lalu mereka pada flash sales.

Sehingga kini, OnTheList telah berkolaboratif dengan lebih 500 jenama mewah terkemuka dunia dan pengedar rasmi.

Mereka juga telah menjual lebih 2 juta barangan berkualiti dan mewah di peringkat antarabangsa - seterusnya mengurangkan jumlah barang buangan di tapak pelupusan sampah, meminimumkan jejak karbon, menyokong perkhidmatan komuniti dan menyumbang kepada jualan amal.

Antara jenama yang ditampilkan termasuk jenama yang dicari seperti Furla, Jimmy Choo, Armani, Le Creuset, Ted Baker, Longchamp, UGG dan banyak lagi.

 

Flash sale mingguan

 

Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, pembeli dijemput untuk mendaftar secara PERCUMA untuk mendapatkan akses untuk mendapatkan tawaran eksklusif melalui http://my.onthelist-store.com/.

OnTheList mengadakan flash sale mingguan dengan menampilkan jenama antarabangsa yang berbeza.

Ingat, OnTheList ialah tapak jualan flash sale untuk ahli sahaja!

Sebaik sahaja mendaftar, anda akan menerima e-jemputan peribadi untuk mengakses jualan kilat yang menawarkan diskaun sehingga 90 peratus untuk jenama yang mengambil bahagian. Jualan biasanya berjalan selama satu minggu.

Jualan akses awal pertama Malaysia bermula pada 7 Disember lalu, diikuti jenama fesyen dan barangan kulit terkemuka Perancis, Longchamp diikuti dengan Moschino dan Clarks.

Pada tahun 2022, kategori baharu rumah, gaya hidup, kecantikan, fesyen dan banyak lagi akan mengambil tempat.

Happy shopping semua. Menarikkan, jangan membazir, kalau anda boleh berjimat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca