Orang muda jangan pandang remeh penyakit Alzheimer, penting ambil peduli kalau tak nak nyanyuk

A
A
A

Alzheimer Day atau Hari Alzheimer Sedunia disambut setiap 21 September demi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit yang dikenali sebagai penuaan sel otak.

Disebabkan ia penyakit yang mempengaruhi bahagian otak yang mana ia mengawal fikiran, kelakuan dan daya ingatan, tentunya ia mampu mempengaruhi kemampuan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Alzheimer juga adalah satu penyakit berbahaya yang sering menyerang golongan warga emas yang juga popular digelar penyakit nyanyuk dalam kalangan masyarakat kita.

Pun begitu, ini tidak bermakna orang muda perlu berasa lega kerana kalian juga masih mempunyai risiko untuk mendapat penyakit tersebut.

Persoalan utama, apakah penyebab Alzheimer di usia muda? Apakah pula yang akan berlaku sekiranya seseorang itu menghidap penyakit tersebut?

Sekiranya berlaku, penderita mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:

  • Hilang memori
  • Kesukaran melakukan aktiviti seharian
  • Kesukaran menyelesaikan sebarang masalah
  • Kesukaran untuk bercakap atau menulis
  • Kesukaran mengingati tempat atau masa
  • Kurang daya pemikiran rasional
  • Kurang mementingkan kebersihan
  • Perubahan mood dan personaliti
  • Tidak mahu bercampur dengan kawan, keluarga dan komuniti

Akibatnya, penderita mungkin akan menjadi asing dalam dunianya sendiri sekali gus menjejaskan kehidupan.

Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh Alzheimer’s Association, penyakit ini merangkumi 60 ke 80 peratus kes demensia yang berlaku.

Statistik itu turut menyatakan bahawa majoriti individu yang didiagnosis terkena penyakit nyanyuk ini adalah berusia 65 tahun ke atas.

Orang muda jangan pandang remeh penyakit Alzheimer, penting ambil peduli kalau tak nak nyanyuk

Sehingga kini, masih tiada sebarang penawar yang berjaya ditemui untuk merawat Alzheimer namun ada rawatan lanjutan yang boleh mengawal penyakit ini.

Persoalan kedua, apa punca sebenar ia berlaku kepada individu?

Sama seperti penawarnya, punca sebenar penyakit ini juga masih tidak dapat ditentukan sepenuhnya oleh doktor.

Pun begitu, ramai pakar telah sebulat suara berpendapat bahawa ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor risiko termasuklah:

Usia tua – Individu yang berusia 65 tahun ke atas adalah lebih berisiko.

Sejarah keluarga – Individu yang ada ahli keluarga dengan penyakit ini adalah lebih berisiko.

Genetik – Wujud beberapa genetik dalam tubuh badan yang membawa kepada penyakit ini.

Namun ini tidak bermakna kalian pasti akan terkena Alzheimer jika ada salah satu, dua atau tiga faktor risiko ini kerana ia hanya akan meningkatkan risiko sahaja.

Genetik adalah punca utama?

Meskipun tiada satu sebab kukuh yang boleh disahkan sebagai punca utama, genetik dikatakan adalah dalangnya!

Menurut sorotan kajian, gene Apolipoprotein E (APOE) yang wujud dalam tubuh badan mungkin merupakan pencetus timbulnya pelbagai simptom-simptom nyanyuk.

Pun begitu, para pengkaji juga sependapat bahawa jika tidak terdapat gen ini dalam tubuh badan tidak bermakna kalian boleh terlepas daripada risiko penyakit berbahaya ini.

Orang muda jangan pandang remeh penyakit Alzheimer, penting ambil peduli kalau tak nak nyanyuk

Untuk langkah keselamatan, adalah lebih baik untuk anda pergi berjumpa doktor dan menjalani ujian darah untuk memastikan sama ada terdapat gen ini dalam tubuh badan atau tidak.

Meskipun ramai orang tua yang menjadi mangsanya, namun tahukah kalian bahawa orang muda juga berisiko?

Ini penyebab Alzheimer di usia muda!

Penyakit nyanyuk tidak tertakluk kepada orang tua malahan juga boleh terjadi kepada individu yang lebih muda.

Untuk lebih tepat lagi, Alzheimer di usia muda dikategorikan buat penderita yang berusia 30 hingga 60 tahun.

Ia lebih dikenali sebagai Alzheimer jenis young-onset atau early-onset yang menjadi igauan ngeri golongan belia.

Menurut kajian, kira-kira 5 hingga 6 peratus penderita penyakit ini akan menunjukkan simptom sebelum berusia 65 tahun lagi.

Apakah penyebab Alzheimer di usia muda?

Majoriti penderita penyakit ini di usia muda menghidapi jenis sporadic yang pakar sendiri belum pasti mengapa ia terjadi sebelum usia yang sepatutnya.

Namun ada juga individu yang menghidapi jenis familial di usia muda yang dikaitkan dengan sejarah ahli keluarga yang juga terkena penyakit ini sebelum usia.

Tidak sama seperti penyakit nyanyuk yang biasa dan berkaitan dengan gen APOE, penderita di usia muda dikaitkan dengan 3 gen yang lain iaitu APP, PSEN1 dan PSEN2.

Jawapan ringkasnya, penyebab Alzheimer di usia muda adalah mutasi genetik yang berlaku dalam tubuh badan penderita.

Bukan penyakit biasa!

Kesimpulannya, penyakit ini tidak wajar dipandang remeh dan hanya dianggap akan berlaku ketika seseorang itu mencapai usia warga emas sahaja.

Ini kerana, orang muda yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun juga berisiko terkena penyakit ini jika berlaku mutasi genetik dalam tubuh badan.

Meskipun tiada sebarang penawar yang berjaya ditemui untuk merawat Alzheimer, adalah wajar untuk anda segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi.

Jika dirawat awal sebelum mencecah tahap yang membimbangkan, maka gejala penyakit ini mungkin dapat dikawal dan diselenggara untuk kehidupan yang lebih baik!

Sumber : https://hellodoktor.com/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca