Orang ramai ‘buka mulut’ mengenai pembukaan semula pawagam, ini suara mereka!

A
A
A

SEJAK perlaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, pawagam di Malaysia hanya beroperasi dalam jangka masa yang singkat sepanjang satu tahun.

Kejap buka, kemudian tutup, selang beberapa bulan dibenarkan kembali beroperasi dan akhirnya diarahkan kembali tutup selepas PKP 2.0 dilaksanakan. Situasi tidak menentu itu juga berlarutan hampir setahun.

Akibatnya, ramai yang mula kehilangan pekerjaan, lebih 25 peratus pawagam ditutup selama-lamanya dan pengecilan operasi yang ketara untuk semua pengusaha.

Namun, melalui satu posting salah sebuah pengusaha pawagam tempatan iaitu TGV Cinemas di Twitter, mereka memberi bayangan yang mana kini orang ramai kini boleh mengunjungi pawagam untuk menonton movie tidak lama lagi.

Tiket movie murah, TGV tawar harga serendah RM9 khas buat ‘kaki wayang’Sebelum posting bayangan tersebut TGV Cinemas juga pernah membuat bancian dalam talian terhadap orang ramai mengenai pendapat warganet mengenai pembukaan semula pawagam tempatan adakah ia perlu atau sebaliknya.

Orang ramai boleh membuat undian dan menyuarankan pandangan masing-masing melalui pautan yang telah disediakan.

Terbaharu, TGV Cinemas telah berkongsi kepada umum hasil keputusan undian dan pandangan orang ramai di laman Twitter rasmi mereka. Antara keputusan yang diperoleh adalah seperti berikut:

1. Seramai 24,197 tampil menyertai undian tersebut dan mereka terdiri daripada 56 peratus lelaki dan 44 peratus perempuan. Pecahan peratusan adalah seperti berikut :

  • 15 hingga 24 tahun 28 peratus
  • 25 hingga 34 tahun 52 peratus
  • 35 hingga 44 tahun 16 peratus
  • 45 tahun 4 peratus

2. 97 peratus daripada keseluruhan undian menggesa supaya panggung wayang dibuka semula.

3. 92 peratus tidak sabar untuk menonton filem-filem terbaharu ‘blockbuster’.

4. 98 peratus bersetuju mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

5. 92 peratus percaya risiko menonton wayang sama seperti mengunjungi pusat beli belah dan makan di restoran yang kini telah mula dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Jelas membuktikan hasil undian dan suara orang ramai bersetuju jika pawagam kembali beroperasi semula dengan SOP ketat yang perlu diikut.

Orang ramai ‘buka mulut’ mengenai pembukaan semula pawagam, ini suara mereka!

“Ini suara Malaysia!

“Terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan anda kepada kami. Memastikan pawagam sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat ialah keutamaan kami.

“Sama-sama kita pastikan supaya pawagam menjadi tempat yang selamat untuk semua pergi, okey?,” tulis mereka dengan penuh harapan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca