PADAH dera anak hingga ‘berlubang belakang’ pada Ogos lalu, ibu tunggal dan rakan serumah yang merupakan tomboy dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun.

Sampainya hati wahai ibu tergamak mendera dan melihat anak sendiri disakiti!

Hakim VM Mabel Sheela sebak apabila pihak pendakwa membuat penghujahan dan tidak dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didera dalam tempoh sebulan.

“Kalau awak (ibu mangsa) tanya anak adakah dia mahu ikut awak, sudah tentu dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan berasa sakit.

“Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan tidak dibantu orang awam, pastinya mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dengan sebak.

Baca juga:‘Iman’ didera berlubang belakang, jiran dengar raungan sejak 2 minggu lepas, berikut 15 info kes

Ibu terbabit, 27, dan Awiin Chua, 30, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya.

Ibu berkenaan dan rakannya dipenjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua. Mahkamah seterusnya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara serentak bagi dua pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 12 Ogos.

Berikut 10 info kes yang meruntun hati:

1-Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir. Manakala kedua tertuduh diwakili Peguam, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah.

2-Dalam penghujahan, Nur Diyana memaklumkan hasil pemeriksaan dilakukan pakar perubatan terdapat lebih 20 kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.

3- Tempoh tertuduh melakukan penderaan terhadap mangsa selama sebulan yang mana kedua-dua tertuduh mempunyai penjagaan terhadap mangsa kerana mangsa tinggal bersama mereka.

4-Kekerapan penderaan setiap hari sejak 1 Julai hingga 9 Ogos berdasarkan kepada pengesahan luka lama dan baru serta parut tubuh badan mangsa dalam laporan perubatan.

Baca juga: Tergamaknya ayah! Berat 55kg turun 29kg dalam 6 bulan, budak 8 tahun sanggup mati daripada didera

5-Mangsa bukan sahaja dipukul tetapi turut diabaikan dengan meninggalkan mangsa keseorangan, dikunci di rumah tanpa makanan dan tidak menghalang atau menyelamatkan mangsa apabila dipukul.

6-Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

7-Manakala, bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal itu ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.

8-Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

9-Pada 16 Ogos lalu, ibu tunggal itu dan rakan serumahnya yang juga wanita berperwatakan lelaki mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Baca juga:Tubuh kurus berbirat, Wardan buat netizen menangis. Diberi nasi lauk garam, cili & lada hitam, lari ke rumah cikgu tak tahan didera

10-Bagaimanapun, pada 27 September lalu, kedua-dua mereka menukar pengakuan kepada bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Mabel Sheela.

Sebelum ini, SinarPlus melaporkan seorang kanak-kanak dikenali sebagai Iman berusia tujuh tahun diselamatkan jiran-jiran di kawasan perumahan di bandar Layang Kasa, Pasir Gudang, Johor.

Tindakan menyerbu kediaman pelaku diambil jiran selepas kerap mendengar tangisan dan raungan kanak-kanak dikenali Iman dipercayai akibat dimarah dan dipukul.

Iklan

Kes berkenaan mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Besar Khaleeda Bustamam yang bertitah kes penderaan kanak-kanak masih lagi menjadi isu yang memerlukan perhatian serius semua pihak.

Baca juga: Kisah Siti Hajar didera keluarga sampai mati, berat hanya 18kg, pelaku terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!