KES tragis penderaan sampai mati gadis bernama Siti Hajar ini pernah tular pada tahun 2016.

Berlaku di Kemaman, Terengganu, kisahnya cukup menyayat hati apabila wanita berusia 22 tahun itu hilang nyawa di tangan ahli keluarga sendiri!

Segalanya bermula apabila Siti Hajar meninggal dunia dikatakan bermula dengan demam panas. Berikut kronologinya:

1-Ayahnya, Anuar Yusof memaklumkan kepada pihak polis bahawa anak sulungnya itu menemui ajal kerana sakit biasa di kediaman mereka di Batu 5, Binjai, Kemaman, Terengganu pada 26 April 2016.

2-Sebaik sahaja pihak polis mendapat laporan mengenai kematian tersebut, mereka segera melakukan pemeriksaan terhadap mayat Siti Hajar.

Baca juga: Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

Rumah sewa keluarga itu yang menjadi lokasi penderaan. (Kredit foto: Kosmo)

3-Namun, tembelang keluarga itu akhirnya terbongkar apabila pihak polis mendapati mayat mangsa mempunyai tanda-tanda penderaan.

4-Sebahagian besar badan mangsa yang dipenuhi dengan kesan gigitan dan lebam menimbulkan keraguan.

5-Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata pada peringkat awal kes tersebut dibuka di bawah kes mati mengejut.

UNSUR JENAYAH

6-Namun, selepas pemeriksaan dilakukan, mereka mendapati kematian Siti Hajar terdapat unsur-unsur jenayah. Mayat Siti Hajar kemudian telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat secara lanjut.

8-Bermula daripada bedah siasat, tembelang disimpan keluarga gadis itu akhirnya pecah. Rupanya semasa hayat, Siti Hajar diseksa dengan kejam sehingga menemui ajal.

9-Dua bedah siasat yang dijalankan pihak polis mendapati gadis malang itu mengalami jangkitan kuman dan dibiarkan kebuluran sebelum meninggal dunia.

10-Lebih mengejutkan, berat badan mangsa yang berusia 22 tahun ketika itu hanya 18 kilogram!

11-Malah jelas pihak polis lagi, kesan gigitan yang ditemui pada bahagian badan mangsa juga merupakan kesan gigitan yang dilakukan oleh manusia!

12-Jenazah gadis berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman pada 30 April 2016.

Baca juga: Pengasuh Adam Rayqal dihukum penjara enam tahun, berikut kronologi kes

36 GIGITAN MANUSIA

13-Susulan penemuan itu, pada tanggal 1 Mei 2016, bapa kandung, ibu tiri dan dua orang adik Siti Hajar telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

14-Kes kematian tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

15-Sepanjang sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, tertuduh iaitu Anuar Yusof dan isterinya Murni Ahmad gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

16-Siasatan forensik mendapati 36 kesan gigitan manusia pada tubuh gadis itu. Ia adalah kesan gigitan manusia pada bahagian belakangnya, kedua-dua belah tangan dan kaki serta di bahagian sulit. Tidak sanggup dibayangkan penderitaan Siti Hajar ketika itu, terseksanya!

17-Seorang saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan bahawa setiap kali adik-beradik Siti Hajar ingin makan, mereka dikehendaki memukul kakak mereka terlebih dahulu! Hanya selepas itu barulah ibu tiri membenarkan mereka makan.

Baca juga: Kronologi pembunuhan kejam baby Zara, suami pengasuh ke tali gantung

DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

18-Pada 28 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bapa Siti Hajar, Anuar Yusof, 57, dan isterinya, Murni Ahmad, 42, selepas didapati bersalah membunuh Siti Hajar.

19-Manakala, kedua-dua adik mangsa iaitu Siti Sarah Anuar dan Amir Sharif telah dibebaskan selepas didapati tidak bersalah bagi pertuduhan yang sama.

20-Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Iklan

21-Siti Hajar bersama dua orang adiknya itu berada di bawah jagaan bapa mereka selepas kedua ibu bapa mereka bercerai. Ibu kandung gadis berkenaan adalah mualaf berbangsa Cina dipercayai menetap di Pulau Pinang.

Baca juga: Lulus tuntutan fasakh, wanita mangsa dera suami hingga koma, Jahidah Nordin sah bercerai

HUKUMAN MATI DIRINGANKAN KEPADA PENJARA 40 TAHUN

22-Mahkamah Rayuan baru-baru ini meringankan hukuman gantung sampai mati Anuar dan Murni kepada hukuman penjara maksimum 40 tahun kerana membunuh anak perempuan mereka.

23-Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah mengekalkan sabitan terhadap pasangan itu atas kesalahan dan memutuskan rayuan mereka tidak mempunyai merit.

24-Hakim Hadhariah, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata mahkamah mendapati terdapat bukti kukuh bahawa Siti Hajar meninggal dunia akibat perbuatan pasangan itu, yang merupakan bapa dan ibu tirinya menerusi pengabaian, penderaan dan kebuluran dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

25-Beliau bagaimanapun mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap pasangan itu dan menggantikannya dengan penjara 40 tahun serta memerintahkan mereka memulakan hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap pada 26 April 2016.

26-“Ini adalah kes yang sangat menyedihkan dan kes terburuk di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang telah kita baca,” katanya.

Iklan

27-Susulan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun ke atas pesalah.

28-Pesalah lelaki juga hendaklah dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

29-Pihak pendakwaan memfailkan rayuan tetapi ia telah dibatalkan pada 10 Jan tahun lepas kerana mereka tidak dapat menyampaikan notis rayuan kepada mereka.

30-Peguam Ghazali Ismail mewakili pasangan itu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal.

Baca juga:Baru 3 hari hantar, bayi 4 bulan koma didera retak tempurung kepala! CCTV bukti hempas, goncang, pengasuh tak mengaku

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!