BARU-BARU ini seorang pak cik mendapat kecaman ramai apabila didakwa menjual kucing pada harga RM800 seekor di tepi jalan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Lelaki tersebut dikatakan menjual haiwan kesayangan ramai itu dalam keadaan seperti diabaikan.

Perkara tersebut pada mulanya dibangkitkan beberapa ahli grup Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia serta menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

Justeru itu, Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association dalam satu kenyataan hari ini menggesa supaya aktiviti jualan kucing secara pasar longgok dihentikan.

“Perbuatan meletakkan kucing yang merupakan haiwan peneman secara ‘longgok’ dan ‘pukal’ memberi imej tidak baik kepada negara di mata masyarakat dunia yang lain.

“Ia mempamerkan seolah-olah negara yang memiliki Dasar Kebajikan Haiwan setaraf negara mundur lain dalam disiplin menyantuni haiwan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Malaysia memiliki Prinsip Kebebasan Haiwan dan Peraturan Kebajikan Haiwan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Setiap individu yang mahu melibatkan diri dalam aktiviti haiwan perlu ada pendedahan dan pengetahuan mengenainya.

“Hentikan manipulasi haiwan untuk keuntungan dan manfaat diri sendiri. Tanpa disedari layanan buruk terhadap haiwan boleh menyebabkan pengendalinya melakukan jenayah haiwan,” ujarnya.

rumah kucing bak istana

Menerusi perkongsian di Facebook milik organisasi itu juga, menjual kucing tanpa aspek kebajikan adalah jenayah kebajikan haiwan.

Jual kucing tidak dibenarkan sekiranya :

1. Kondisi menunjukkan tanda kucing tidak sihat.

2. Kucing tidak cukup sempurna dan tidak ‘fit’ untuk jualan seperti tidak sihat, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor.

3. Dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan.

Iklan

Baca juga Empat robot ‘dilantik’ berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Ini tugas-tugas yang BellaBot perlu lakukan

4. Keadaan terdedah terbuka yang boleh berlaku kemalangan.

Iklan

5. Kurungan sangkar yang bersaiz tidak selesa untuk kucing.

Keadaan ini mengundang kemarahan masyarakat pencinta haiwan. Penjual perlu peka mengenai pengurusan haiwan peneman atau haiwan peliharaan.

Sedangkan penjualan haiwan ternakan untuk makanan juga mempunyai aspek hak kebajikan.

Animal Malaysia turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan siasatan menyeluruh mengenai perlakuan penjualan kucing yang menimbulkan kemarahan netizen pencinta haiwan ini.