Palsu! Tiada jalan pintas, dapat janji temu suntikan vaksin

Palsu! Tiada jalan pintas, dapat janji temu suntikan vaksin
Palsu! Tiada jalan pintas, dapat janji temu suntikan vaksin
A
A
A

"SETIAP hari check aplikasi MySejahtera, namun belum ada tarikh untuk suntikan vaksin."

Berikut antara luahan majoriti pengguna di media sosial kerana sehingga kini masih belum memperoleh janji temu vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Disebabkan terlalu lama menunggu pelbagai persoalan timbul khususnya dalam kalangan individu yang mendaftar sekitar Februari lalu.

Ada yang tertanya-tanya adakah maklumat diisi tidak menepati kriteria? mengapa begitu lama untuk mendapatkan giliran?

Bahkan, ada juga yang sanggup mendaftar berkali-kali, install dan uninstall aplikasi MySejahtera.

Ini termasuklah mempraktikkan tip baharu yang tular menerusi media sosial dan aplikasi kiriman WhatsApp kononnya ada 'jalan pintas' untuk mendapatkan tarikh suntikan vaksin.

Caranya hanya dengan membuat aduan pada ruangan Helpdesk dalam aplikasi MySejatera.

Justeru, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menyatakan tindakan terbabit hanya akan menenggelamkan aduan sahih daripada orang ramai kepada Helpdesk aplikasi MySejahtera.

"Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.

"Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah kenyataan tersebut JKJAV menegaskan bahawa janji temu bagi suntikan vaksin-19 hanya diberikan secara automatik dan berperingkat.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah pengguna mendakwa tindakan tersebut berhasil setelah sekian lama menanti kemaskini tarikh janji temu vaksinasi.

Baca juga Vaksin tiada kaitan lansung dengan autisme. Hanya guna kajian palsu, penuh unsur penipuan

Justeru korang yang masih belum mendapat tarikh untuk suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, mohon bersabar menunggu giliran ya.

Sementara itu, bagi mereka yang telah mendapatkan tarikh janji temu pastikan hadir mengikut masa dan mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

#LindungDiriLindungSemua

#SabarTungguGiliran

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca