KES jangkitan positif Covid-19 di negara kita terus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, salah satu cara untuk mengawal penularan wabak daripada terus mengganas adalah melalui program vaksinasi yang sistematik, cekap dan segera.

Justeru, pada ketika ini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sedang dilaksanakan. Orang ramai diminta bersabar menunggu giliran janji temu bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Namun apa yang mengecewakan disebalik penantian itu terdapat sesetengah pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan menipu untuk kepentingan peribadi.

Menerusi kiriman aplikasi WhatsApp misalnya, baru-baru ini tular pengumuman bagi individu yang belum mendapat giliran janji temu vaksinasi supaya memberikan maklumat diri lengkap.

Langkah itu kononnya untuk proses pemberian suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi, Selangor.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dah Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perkara tersebut adalah tidak benar.

Jelasnya, pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali secara tidak langsung membuka ruang kepada risiko eksploitasi dan pelanggaran privasi.

Isu polisi dan terma baharu WhatsApp, ini apa penjelasan peguam

Iklan

Menurut kenyataan itu, semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran-saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah di tempat tinggal masing-masing.

Oleh demikian, orang awam dinasihatkan berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin Covid-19.

Baca juga Sedang kuarantin di rumah kerana positif atau jadi kontak rapat? Ini tip pemakanan khusus yang dicadangkan

Iklan

Terdahulu, PKD Hulu Langat semalam turut menafikan mesej tular dalam media sosial berhubung pemberian vaksin Sinovac secara besar-besaran di PPV BACC.

PKD Hulu Langat menerusi laman sosial Facebook menegaskan baik pihaknya mahupun PPV BACC tidak mengeluarkan mesej berkenaan dan orang ramai disaran menghentikan penyebaran yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Korang yang masih belum mendapat tarikh untuk suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, diharapkan bersabar ya.