PENGGUNAAN panggilan video kini cukup tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat dan ia semakin  popular terutamanya ketika dunia menghadapi wabak pandemik Covid-19 yang menjadi penyebab kita tidak lagi mampu bebas bergerak seperti sebelum ini.

Disebabkan itu, kini panggilan video menjadi antara fungsi yang sering kita gunakan terutama untuk berhubung dengan ahli keluarga yang jauh di mata.

Namun, di sebalik kecanggihan teknologi hari ini, kita juga perlu sentiasa beringat dan berwaspada kerana pihak yang tidak bertanggungjawab sering menunggu peluang untuk melakukan sebarang jenayah disebabkan oleh kelalaian kita sendiri.

Oleh itu, jika korang menerima sebarang panggilan video dari nombor yang tidak dikenali atau dikenali melalui WhatsApp, Telegram, FB Messenger, WeChat dan apa jua aplikasi panggilan video (VC) sila berwaspada sebelum menjawab panggilan tersebut.

Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp yang mana terdapat satu artikel mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana beberapa kes melibatkan jenayah VC semakin popular diguna pakai oleh individu tidak bertanggungjawab.

Beberapa kes berlaku yang mana mangsa (seorang wanita) menjawab panggilan video dan suspek sedang menunjukkan ‘anu’nya.

Panggilan aksi lucah perdaya wanita, ambil 3 langkah iniPada saat muka wanita tersebut kelihatan di paparan skrin, suspek akan tangkap layar (screenshot) atau record screen yang mana mukanya kelihatan bersama ‘anu’nya pada skrin kecil panggilan video tersebut.

Seterusnya, suspek akan mula mengugut mangsa untuk mendapatkan wang ringgit atau sebagainya jika tidak mahu screenshot berkenaan disebarkan kepada umum.

Iklan

Keadaan itu seolah-olah mangsa dengan suspek mempunyai skandal dan telah mengadakan panggilan video dengan beraksi lucah.

Hal ini sangat bahaya yang boleh menyebabkan fitnah hingga meruntuhkan institusi kekeluargaan (penceraian) antara suami, isteri, ibu, bapa dan anak.

Kemajuan teknologi dengan pembangunan pelbagai aplikasi dan software sangat memudahkan kehidupan kita saban hari. Namun, ianya berisiko membawa kemudaratan dan peluang kepada pihak lain memanipulasi untuk kepentingan diri atau perlakuan jenayah siber.

Iklan

Sentiasa lengkapkan diri kita dengan ilmu sebelum kita menggunakan apa jua medium sosial atas talian agar kita lebih cakna akan baik buruknya mahupun risiko yang berkemungkinan.

Ini ada beberapa tip yang boleh kita guna pakai sebelum menjawab sebarang panggilan Video.

  • Pastikan korang betul-betul mengenali siapa pemanggil. Pemanggil berkenaan mestilah ahli keluarga, saudara-mara atau kenalan. Nombor telefon atau id pemanggil mestilah mereka yang ada dalam simpanan ‘contact’ telefon bimbit kita.
  • Amalkan menutup jari pada kamera hadapan (front camera) untuk memastikan pemanggil adalah orang yang benar-benar dikenali sebelum kita muncul di kamera.Waspada kerana ada juga kes yang mana nombor lama kenalan kita digunakan.
  • Laporkan ke pihak SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my/ bagi melaporkan salah laku berkenaan.