DISEBABKAN tiada kluster membabitkan ketiga-tiga aktiviti perniagaan ini, pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta kini dibenar beroperasi semula mulai esok.

Namun, ia memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah dinilai dari segi risiko dan jumlah kluster dihasilkan setiap aktiviti perniagaan tersebut.

“Setelah berbincang dan melihat tiada kluster baharu oleh ketiga-tiga aktiviti perniagaan ini, maka mesyuarat setuju untuk luluskan (beroperasi semula),” katanya.

Sementara itu pasar malam dibenar beroperasi tetapi dengan syarat! Antara syaratnya adalah seperti :

  • Waktu operasi yang dibenarkan hanya dari jam 4 petang hingga 10 malam.
  • Peniaga perlu memastikan jarak satu meter antara setiap gerai.
  • laluan keluar masuk pengunjung juga perlu berbeza.
  • Mesti ada pengawasan oleh RELA untuk memantau pergerakan pengunjung.

Pasar malam kembali beroperarasi mulai esok tapi dengan 4 syarat ketat!

Iklan

Sementara itu, bagi kedai gunting rambut dan salon, beliau berkata, ia dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam namun hanya perkhidmatan gunting rambut dibenarkan.

“Rawatan muka dan lain-lain untuk kecantikan tidak dibenarkan dan SOPnya juga ketat iaitu petugas mesti pakai pelindung muka dan lebih baik kalau ada pelitup muka (bersekali), apron digunakan mesti dipakai buang, setiap pelanggan satu apron dan sarung tangan perlu dipakai oleh petugas yang menggunting rambut.

Pasar malam kembali beroperarasi mulai esok tapi dengan 4 syarat ketat!

Iklan

“Begitu juga dengan gunting dan sikat mesti dicuci dengan air panas sebelum digunakan untuk pelanggan baharu. Pusat cuci kereta juga dibenar beroperasi sehingga 10 malam,” katanya.

Pasar malam kembali beroperarasi mulai esok tapi dengan 4 syarat ketat!

Ismail Sabri turut memberi bayangan lebih banyak aktiviti termasuk sukan dan rekreasi seperti gim dan kejohanan sukan berimpak tinggi, selain sektor peruncitan akan diberi kelonggaran namun ia tertakluk kepada penilaian risiko dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami teliti setiap perkara dibentangkan sama ada KPDNHEP dan KBS. Kami akan kaji dan setiap kajian kami pastinya akan dapat pandangan daripada KKM dan mereka akan buat penilaian risiko dan berdasarkan kluster baharu yang wujud daripada setiap aktiviti yang dicadangkan.

“Sekiranya KKM berpandangan risiko tidak tinggi dan daripada data tidak tunjukkan kluster-kluster baharu dihasilkan maka ada kemungkinan kami akan luluskan,” katanya.