TERDAHULU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi bayangan bahawa bakal jemaah haji yang tidak dapat menunaikan ibadah tersebut tahun lalu mungkin berpeluang mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Sekiranya ia dibolehkan, kumpulan haji pertama dijangka dijadualkan berlepas dari tanah air pada 12 Jun ini sehingga penerbangan terakhir seminggu sebelum wukuf di Arafah pada 19 Julai nanti.

Terbaharu, kerajaan Arab Saudi pula mengeluarkan kenyataan yang mana mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini.

Memetik laporan Reuters, Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan Covid-19.

“Vaksin Covid-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji,” katanya.

Seperti diketahui umum, kerajaan juga baru-baru ini mengumumkan untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin Covid-19.

Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Makanya secara tidak langsung pasport vaksinasi Covid-19 adalah salah satu ‘tiket’ yang akan digunakan bagi membolehkan Jemaah haji menunaikan haji tahun ini.

Sebelum ini kita dikehendaki mendapatkan vaksinasi meningococcal sekurang-kurangnya tiga tahun atau tidak kurang 10 hari sewaktu tiba di Mekah.

Oleh demikian, orang ramai yang beragama Islam disarankan agar mendaftar segera dan jangan tangguh untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Iklan

Ini adalah kerana jika anda dipilih ianya bakal memudahkan perjalanan anda untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu tahun ini.

Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Iklan

Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui Aplikasi MySejahtera yang merupakan antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline atau hadir di fasiliti klinik kesihatan awam serta dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tiada siapa pun akan tercicir. Jadi, bertindak segera!

Terbaharu! ARAB SAUDI WAJIBKAN VAKSINASI C19 UNTUK BAKAL HAJI

3 Mac – Passport Vaksinasi C19 akan digunakan untuk Haji….

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 2 March 2021