Pegawai dan anggota PDRM tak ‘manis’ main TikTok

Akak polis buat TikTok pakai uniform, berdepan tindakan tatatertib
Akak polis buat TikTok pakai uniform, berdepan tindakan tatatertib
A
A
A

TREND semasa hari ini, ramai dalam kalangan masyarakat gemar menggunakan aplikasi popular yang dikenali sebagai TikTok untuk berhibur.

TikTok dilihat telah berjaya menarik perhatian ramai dengan penghasilan video pendek dengan fungsi penyuntingan yang mudah.

Apatah lagi apabila ada trend ‘cabaran’ atau ‘Challenges’ yang mendorong ramai pengguna untuk menyertai sambil membandingkan kreativiti masing-masing.

Maka ramai dalam kalangan pengguna yang sentiasa ingin dilihat ‘up to date’, akan sentiasa menghasilkan video-video cabaran di aplikasi tersebut.

Namun, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula disaran untuk tidak bermain aplikasi media sosial TikTok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Memetik laporan portal media tempatan, beliau berkata, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak “manis” dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform kerana perbuatan itu seolah-olah mengaibkan uniform PDRM.

"Ia tidak manis dan tidak cocok apabila anggota atau pegawai dalam unit beruniform melakukan sesuatu perbuatan “menari” dan ini sepatutnya dijadikan satu kesalahan tatatertib seolah-olah mengaibkan uniform PDRM.

“Uniform berwarna biru ini merupakan uniform keramat maka ia tidak manis kalau kita pakai uniform ini dan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak cocok dengan budaya kerja," katanya.

Dalam pada itu, perbincangan mengenai isu TikTok dalam kalangan pegawai dan anggota polis akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Zamri bagi mengkaji perkara ini tentang baik dan buruknya, mungkin saya akan keluarkan satu arahan berhubung perkara ini," katanya.

Pada Sabtu lepas, seorang anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan terpaksa berdepan tindakan tatatertib selepas memuat naik video seperti aksi tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis.

Tindakan tatatertib itu diambil ekoran video TikTok yang mana anggota polis tersebut menarik menyahut salah satu cabaran yang ad di TikTok iaitu ‘Pump It challanges’.

Pihak jabatan juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM.

Diharap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca