KES pembunuhan tragis pemuda, Shahril Samad oleh meruntun hati ramai. Hanya dengan kesalahan terlanggar tanpa sengaja, beliau ditarik dari kereta, dipukul dan dan diikat sehingga hilang nyawa oleh sekumpulan penghantar makanan.

Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad Nor dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co berkongsi berkenaan situasi yang berlaku dan tindakan yang dibuat oleh pelaku yang kejam.

Ujarnya, orang awam yang bertindak sendiri mengikut perasaan sebagai pelaksana hukum jelas membinasakan diri.

“Melaksanakan undang-undang ‘rimba’. Sendiri tangkap, sendiri jatuhkan kesalahan dan dilaksanakan terus hukumannya. Teringat kes Zaharif pelajar sekolah yang dilanggar sehingga mati yang dikatakan kerana ramp motor dan menimbulkan kemarahan?

Baca juga: Sebaknya! Ibu luluh anak maut dibelasah selepas langgar rider, bapa tak sanggup tengok video, keluarga tuntut keadilan

“Kerana itu, kita ada undang-undang dan sebab itu undang-undang juga tidak pukul rata kerana setiap kesalahan berbeza hukumannya. Jika jenayah ringan, maka hukumannya juga ringan manakala jika kesalahan berat maka akan berat hukumannya.

“Tetapi pelaksana hukum yang memandai-mandai ini mereka pukul rata. Buat bising digilis sampai mati, bergaduh atas jalan raya dirempuh sehingga mati.

“Sebab itu, bila kita ada undang-undang, kita juga ada prosedur dalam melaksanakannya. Diberi ruang untuk siasatan, dibicarakan dan membela diri kemudian baru dijatuhkan hukuman. Itu pun kalau didapati bersalah diberi ruang untuk merayu kepada mahkamah lebih tinggi,” katanya.

Baca juga: Ayuh pemilik dashcam tampil! Lelaki tawar RM5,000 kepada yang miliki bukti pesalah langgar Muhammad Zaharif hingga maut

Baca juga: Kematian tragis Zaharif, diseret hampir 5 meter angkara sikap panas baran. Ini kronologi meruntun hati

Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad Nor.

Ujar Zabetha, orang awam memang boleh menangkap pesalah tetapi ia hanya bagi kes dan keadaan tertentu sahaja.

“Kalau alasan kenapa mereka menangkap Shahril dan mengikatnya, kononnya kerana salah melanggar pagar dan pelaku membelasah kerana dia salah. Kononnya kerana hak awam untuk menangkap pesalah atau ‘citizen arrest’.

“Di Malaysia, memang ada tangkapan oleh orang awam bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah tetapi ada syarat-syaratnya iaitu apabila kesalahan itu jenis kesalahan berat seperti bunuh, rogol, culik, rompak, pecah masuk premis, samun dan ragut.

“Kalau tangkapan dibuat dan penjenayah bagi kerjasama atau tidak menyerang, orang yang menangkap tidak boleh mencederakan mangsa. Orang awam perlu segera membawa suspek ke balai polis. Tidak boleh dibawa ke tempat lain. Ini antara garis panduan dalam Seksyen 27 Akta tersebut,” katanya.

Nor Zabetha menasihatkan orang awam agar tidak bertindak mengikut hati dalam apa juga situasi kerana ia kelak akan merugikan diri sendiri.

Iklan

“Bukan hentam dan memberi kuasa pada diri sendiri untuk jadi pelaksana hukuman.Jadi tolonglah, jangan ikut rasa dan jangan pandai-pandai.

“Sekarang masing-masing disiasat dan bakal didakwa bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Ikut rasa binasa,” ujarnya.

Baca juga: Apabila perikemanusiaan kian pupus, nyawa adik Zayn & Zaharif diragut seolah tiada nilai

Baca juga: Wanita perlu tahu hak, bukan pukul atau dera sahaja, suami keluarkan nama dari syarikat juga keganasan rumah tangga – Peguam

Iklan

Terdahulu, Allahyarham Shahril yang memandu sebuah Proton Saga ditarik keluar dari kenderaan selepas melanggar seorang penghantar makananan. Arwah kemudian diikat kaki dan tangan dan dibelasah beramai-ramai hingga organ dalaman pecah akibat hentakan kuat.

Susulan kejadian mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan polis menahan lima lelaki berusia 25 hingga 52 tahun bagi membantu siasatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!