Pelajar dan kakitangan UKM terima Kad SIM 4G YES percuma

Pelajar dan kakitangan UKM terima Kad SIM 4G YES percuma
Pelajar dan kakitangan UKM terima Kad SIM 4G YES percuma
A
A
A

REZEKI PKP! Para pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Inisiatif Belajar Dari Rumah anjuran Yayasan YTL akan menerima kad SIM 4G YES secara percuma lengkap dengan data sebanyak 40GB. Wow! Untungnya mereka!

UKM juga merupakan antara institusi pengajian tinggi yang terkini menyertai Inisiatif Belajar Dari Rumah anjuran Yayasan YTL.

Selain itu, UKM melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, turut bekerjasama dengan Yayasan YTL dan FrogAsia untuk membangunkan bahan pengajaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk para pelajar Darjah 1 sehingga ke Tingkatan 5.

Di bawah inisiatif ini, bahan pengajaran yang dibangunkan akan ditambah ke dalam silibus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sedia ada untuk kegunaan ibu bapa dan pelajar.

Terkesan dengan penguatkuasaan PKP, kaedah pengajaran dan pembelajaran di UKM kini telah beralih dari menghadiri kuliah atau perbincangan secara bersemuka kepada kelas dan kuliah secara atas talian sepenuhnya.

Universiti ini telah menggunakan sistem pengurusan pembelajaran miliknya sendiri iaitu UKMFolioTM sebagai platform pembelajaran rasmi untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan atas talian.

Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd Shukor berkata, pihak UKM mengalu-alukan peluang yang diberikan kepada para pelajar dalam menyumbang kepada pembangunan Inisiatif Belajar Dari Rumah.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada Yayasan YTL kerana menawarkan 40GB data percuma talian YES 4G kad sim kepada 28,000 pelajar UKM.

“Untuk semester ini, kita telah memulakan pembelajaran secara atas talian mulai 27 April 2020 yang lalu.

“Kita faham bahawa bukan semua pelajar mempunyai capaian internet berkelajuan tinggi di rumah.

“Justeru, inisiatif ini dapat membantu meringankan beban pelajar terutama kepada pelajar yang terpaksa bergantung kepada data telefon mudah alih bagi menjalani proses pembelajaran atas talian dan berhubung dengan pensyarah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerjasama di antara UKM dan Yayasan YTL ini umpama ‘sambutan berganda’ kepada UKM yang akan menyambut Ulang Tahun Ke-50 penubuhannya pada 18 Mei 2020. Perkongsian strategik dengan sektor swasta ini adalah sesuatu yang penting untuk pembangunan universiti ke arah menjadi salah satu institusi pengajian tinggi bertaraf dunia pada masa hadapan.

Permohonan untuk menyertai Inisiatif Belajar Dari Rumah ini terbuka kepada pelajar dan staf UKM sehingga 9 Jun 2020.

Universiti lain yang telah menyertai inisiatif ini termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaysia Pahang (UMP), New Era University College (NEUC) dan Malaysian Institute of Art (MIA).

Yayasan YTL turut memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan untuk mendapatkan kad SIM prabayar YES 4G percuma dan pencalonan untuk mendapatkan telefon percuma dengan 120GB data selama 12 bulan untuk pelajar dari keluarga B40 telah dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, selaras dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca