Pemain bola 'Budak Jitra' paling hot, iras pelakon Aedy Ashraf

A
A
A

SEKALI imbas disangkakan pelakon remaja popular siri drama ‘Budak Tebing’, Aedy Ashraf, rupa-rupanya sosok tubuh yang tengah beraksi di padang bola itu ialah pemain muda bola sepak Kedah, Aiman Afif.

Aiman Afif atau nama sebenarnya Mohd Aiman Afif Md Afizul mula menjadi perhatian warganet selepas fotonya dimuat naik dalam laman sosial Facebook FA Kedah semalam ketika beliau menjalani sesi latihan tertutup bersama skuad Lang Merah di Stadium Darul Aman.

Rata-rata warganet yang singgah di laman Facebook terbabit turut menyokong dan memberi komen terhadap kepingan foto Aiman Afif.

Budak Jitra persis ‘Budak Tebing’

Pemilik akaun, @Alif Jazli misalnya menulis, "Aedy Ashraf cok." Sementara itu, @Faizal Ismail pula menyatakan bahawa wajah pemain bola berusia 19 tahun itu seiras Aedy Ashraf.

Pun begitu, terdapat warga maya berseloroh yang menyifatkan selesai sesi penggambaran 'Aedy Ashraf' turun padang pula untuk menjalani latihan bola sepak,

Budak Jitra persis ‘Budak Tebing’

Difahamkan, nama Aiman Afif kini menjadi sebutan sejak menyertai Kedah pada Disember lalu. Beliau bakal kekal bersama skuad Lang Merah sehingga 2024 dengan klausa pelepasan dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Pemain berasal dari Jitra, Kedah itu beraksi dalam pasukan Piala Presiden Kedah, sebelum dipanggil jurulatih Aidil Sharin untuk bersama skuad Lang Merah dalam perlawanan menentang Terengganu pada musim lalu.

budak tebing

Untuk rekod, ‘Budak Tebing’ merupakan drama bersiri dibintangi Aedy Ashraf yang disiarkan di TV3 pada awal Mac lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca