SEBUT sahaja Gordon Ramsay pasti orang ramai cukup mengenalinya. Beliau merupakan seorang chef, pengusaha restoran dan personaliti televisyen yang berasal dari United Kingdom.

Sejak pertama kali muncul di televisyen pada akhir tahun 1990-an, Ramsay menjadi sangat terkenal sehingga berjaya mempengaruhi ramai penonton dan pengikutnya untuk menjadi lebih berani dalam cara memasak mereka.

Sebagai seorang selebriti televisyen, Ramsay terkenal dengan sikapnya yang cepat meradang, tegas dan sering melemparkan kata-kata yang agak celupar.

Peminat tak perlu terbang ke UK, Godon Ramsay bakal buka restoran pertamanya di Sunway  Ramsay terkenal dalam beberapa rancangan televisyen seperti Hell’s Kitchen, The F Word, Kitchen Nightmares, MasterChef dan MasterChef Junior.

Pada tahun 2015, Forbes melaporkan pendapatan Ramsay mencecah USD$60 juta sekaligus menjadikan beliau selebriti ke-21 terkaya di dunia. Wow hebat bukan?

Berjaya menjadi chef selebriti terkenal dunia membuatkan orang ramai pastinya ingin untuk mencuba hidangan yang dimasak.

Peminat tak perlu terbang ke UK, Godon Ramsay bakal buka restoran pertamanya di Sunway  Terbaharu, buat semua pemiant Ramsay, korang nampaknya tidak perlu terbang jauh ke luar negara kerana Gordon Ramsay bakal ‘bertapak’ dan membuka restoran pertama beliau di Malaysia.

Ya! Ramsay dilaporkan bakal berkerjasama dengan Sunway Resort untuk membuka restoran pertamanya di sini pada Jun ini.

Iklan

Bertempat di Sunway City Kuala Lumpur, restoran yang bakal dibuka membawakan konsep gourmet dining yang sekaligus bakal menawarkan pengalaman baharu buat para pengunjung.

Sama juga seperti cawangan restorannya di Mayfair, London, Gordon Ramsay Bar & Grill juga bakal menawarkan seleksi menu sepanjang hari.

Apa yang menarik, pengunjung berpeluang mencuba signature dish Gordon Ramsay iaitu Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.

Iklan

SinarPlus juga percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan apa kelainan atau keistimewaan yang bakal dibawakan oleh Gordon Ramsay buat pelanggan serta peminatnya di Malaysia.