Pemurah, jaga perkataan, Dr Fadzilah Kamsah dedah kebaikan Adibah Noor wajar dicontohi

adibah Dr fazilah
adibah Dr fazilah
A
A
A

PEMURAH adalah antara sikap yang ada pada diri penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor yang sempat dicungkil pakar motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Pemergian Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamad Omar, 52, pada 18 Jun lalu merupakan berita yang tidak disangka-sangka oleh rakyat Malaysia. Siapa menyangka penampilan terakhir Allahyarham dalam keadaan susut berat badan adalah momen dia sedang berjuang melawan kanser ovari.

Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah sempat menitipkan tujuh kebaikan yang ada pada penyanyi itu yang wajar dicontohi.

Baca juga: (DALAM KENANGAN) Adibah Noor, kau terlalu istimewa...

Adibah memegang watak Puan Hajar iaitu pengetua sekolah dalam rancangan Astro 'Oh My English'

Baca juga: Ramai tidak tahu Adibah Noor bekas guru Bahasa Inggeris, kongsi 6 tip cepat mahir

Tujuh kebaikan Allahyarham Adibah Noor yang wajar kita semua contohi:

1.Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenalinya menyifatkan penyayi itu selalu belanja makan dan tidak lokek dengan memberi dan bersedekah.

2.Tiada jurang dengan peminat. Adibah ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan sikap positif.

3.Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Dia mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English dengan ‘slang’ memukau.

4.Berdiri atas bakat sendiri. Hidupnya adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah bakat lebih baik dan sentiasa berniat untuk memberikan yang terbaik pada audiens.

5.Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Dia selalu 'retweet' dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan. Segalanya dibuat dengan sukarela dan ikhlas.

Baca juga: "Dia sakit tidak seorang pun yang tahu," - Pemergian Adibah Noor beri pengajaran buat Ustaz Kazim

#BibirMerah: Sayunya... luahan akhir rakan artis buat Adibah Noor

6.Adibah sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa mendapat aura positif dan sangat menenangkan apabila bersama.

7. Kata-katanya sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Dia sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.

Pemergian Allahyarham Adibah Noor ibarat hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga ia terus memberikan inspirasi kita manakala kebaikannya terus mengalir.

Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 7.30 malam.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai, Kuala Lumpur.

Baca juga: Arwah Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser ovari. Kenali lebih lanjut simptom dan rawatannya

Baca juga: “Elak kongsi gambar Adibah Noor yang tidak tutup aurat” - PU Riz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca