Penapis udara untuk cegah penularan Covid-19, berkesan ke?

A
A
A

SEJAK wabak Covid-19 melanda negara, rata-rata hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, sarung tangan dan pelitup muka laris bak goreng pisang.

Bukan itu sahaja, yang terbaharu semburan pembersih nano atau nano sanitizer spray turut mendapat tempat di pasaran.

Namun Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengatakan penggunaan produk tersebut yang menyemburkan cecair disinfeksi kepada manusia boleh mengundang bahaya!

KKM menjelaskan, larutan disinfeksi yang dinyatakan adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan ia tidak sesuai digunakan secara langsung kepada manusia.

Ini adalah kerana sesetengah larutan disinfeksi boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, satu lagi produk popular yang digunakan orang ramai untuk mencegah penularan Covid-19 ialah penapis udara (air filter).

Betul ke berkesan untuk cegah penularan? Ayuh kita lihat perkongsian Dr Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera ini.

"Kita tahu, pengudaraan (ventilation) dalam bangunan juga amat penting dalam mengekang penularan Covid-19. Tapi tak semua tempat ada pengudaraan bagus.

"Maka, peredaraan dan mutu udara di tempat tersebut tidaklah baik dan terdapat risiko untuk virus Covid-19 berlegar di tempat itu.

"Sebab tu di tempat tertutup, kita perlu membuka tingkap supaya udara beredar dengan baik dan juga elakkan penggunaan pendingin hawa kitar semula," coretnya di Instagram.

penapis udara

Katanya, menurut kajian terkini Centers for Disease Control (@cdcgov), penapis udara mudah alih (portable) yang menggunakan High Efficiency Particulate Air (HEPA) , selalu disebut HEPA filter, dapat mengurangkan jumlah partikel jangkitan melalui udara (aerosol) dalam ruang tertutup atau indoor.

Dalam kajian tersebut:

  • Penggunaan facemask (3 ply cotton cloth) TANPA HEPA air filter mengurangkan pendedahan kepada aerosol sebanyak 72%.
  • Penggunaan HEPA air filter TANPA facemask (3 ply cotton cloth) mengurangkan pendedahan kepada aerosol sebanyak 65%.
  • Penggunaan HEPA air filter DAN pemakaian facemask mengurangkan pendedahan kepada aerosol sebanyak 90%.

Suami Ummi, Dr Mohd Izzar merupakan frontliner yang bertugas di sebuah hospital.

Menurut Dr Izzar, menggunakan penapis udara HEPA merupakan ikhtiar yang juga berkesan.

"Bolehlah digunakan di rumah, bilik, kelas, restoran-restoran, di ruang tertutup dan lain-lain. Tapi, pematuhan SOP, pengudaraan dan ventilasi tetap perlu diutamakan.

"Selain itu, setiap penapis udara juga mempunyai jangka hayat penggunaan. Lepas itu kena tukar penapis. Bukannya sekali beli tak tukar langsung penapis HEPA kat dalam mesin tu. Jadi, semak dengan pengeluar mengenai perkara ni.

Baca juga Jangan sembur nano mist spray kepada manusia, boleh jejas pernafasan, mata, kulit, pencernaan - DG Hisham

"Oleh itu, kalau nak beli penapis udara, belilah yang ada HEPA filter dan belajar juga cara penggunaan yang betul serta tempoh hayat filter tersebut.

"Sebab kena tukar HEPA filter baru kalau jangka hayat dah luput. Tak beli pun tak apa, janji pengudaraan ruang tertutup tu bagus," ujarnya.

Namun, Dr Izzar turut menegaskan apa yang paling penting adalah pengambilan vaksin Covid-19 dan sentiasa mematuhi SOP.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca