PENANGAN Covid-19 ini membuatkan ramai antara kita yang tidak boleh fly ke luar negarakan?

Rasanya, memang ramai rindu mahu naik kapal terbang. Terbayang-bayang bagaimana pramugara atau pramugari memberi arahan memakai tali pinggang keledar lebih-lebih lagi ketika mereka menyorong tray makanan.

Selepas kenyang, mata melirik pula ke cermin kapal terbang melihat panaroma indah ciptaan ILLAHI.

Bisnes penerbangan juga dikhabarkan jatuh merundum akibat wabak virus berbahaya itu dan ramai pekerja dilaporkan telah diberhentikan kerja.

Di Thailand, bagi memastikan dunia penerbangan terus diingati, mereka sangat bijak bagi memastikan pelanggan tidak merupakan mereka.

restoran pop up thai airways

Apa yang syarikat penerbangan Thai Airways buat adalah membuat restoran berupa kapal terbang!

Inisiatif berkenaan cukup menarik perhatian ramai termasuk wartawan BBC News yang sanggup hadir membuat liputan premis berkenaan yang dipanggil Restoran Pop Up yang terletak di Jalan Vibhavadi Rangsit, Wilayah Chatuchak.

BBC News berkongsi empat gambar yang sudah cukup menceritakan segala-galanya.

restoran pop up thai airways

Restoran Pop Up dilihat menyediakan makanan autentik yang sememangnya menu sama yang disediakan untuk penumpang pesawat Thai Airways.

Paling memukau pastilah dekorasi restoran yang sememangnya mengekalkan set pesawat, kru kabin dan cef yang lengkap dengan uniform penuh berwarna ungu merah jambu.

Iklan

Sama seperti dalam perut pesawat, stail pramugara dan pramugari akan menyambut pelanggan ke restoran berkenaan sama seperti mereka menyambut penumpang di pesawat.

restoran pop up thai airways

Memang sekali pandang, ia tidak ubah seperti makan di atas awan. Cuma view saja jalan nampak spoil sedikit. Namun, dekorasi dalaman dan sajian memang tip toplah!

Iklan

Mungkin idea hebat itu boleh dipertimbangkan oleh pengusaha penerbangan tempatan seperti AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS)? Tak salah mencedok idea yang menarik. Bolehlah rakyat negara ini lepaskan rindu nak naik pesawat, kan?

Selain buka peluang kerjaya kepada mereka yang hilang kerja, barangkali boleh menghidupkan semula dunia penerbangan ‘di atas daratan’.

#janganputusasamalaysia

Foto: BBC News