Pengasas Kipas Udang meninggal di usia 100 tahun

Pengasas Kipas Udang meninggal di usia 100 tahun
Pengasas Kipas Udang meninggal di usia 100 tahun
A
A
A

KICAP soya lemak manis Cap Kipas Udang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana hampir setiap rumah memiliki kicap jenama ini.

Rasa lemak manis dan keenakan ekstrak kacang soya asli begitu terserlah ditambah pula dengan kehebatan kualiti dan rasa semula jadi kicap.

Ia juga didakwa baik untuk menambah sumber protein, serat, vitamin dan mineral untuk tubuh serta bebas daripada kolesterol.

Jenama popular itu yang mengeluarkan barangan makanan seperti kicap, sos dan kaya telah mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa.

Produk keluarannya telah diedarkan sejak tahun 1987 oleh Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd.

Namun, berita menyedihkan yang diterima kemarin yang mana Pengasas Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed dilaporkan meninggal dunia semalam pada jam 9.15 pagi di kediamannya di Larkin Jaya, Johor. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 100 tahun.

Jenazah Lambak Mohamed juga selamat dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di Tanah Perkuburan Kebun Teh berhampiran kediamannya itu.

Menurut cucunya, Amiza Abdul Aziz, arwah tiada komplikasi penyakit, malah kesihatannya sebelum ini didakwa stabil.

Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Rogayah Jusoh berusia 94 tahun yang mana perkahwinan mereka dikurniakan 12 orang cahaya mata.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Aamin. Al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca