PENGELUARAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) banyak membantu pencarum terutama dalam mengharungi kemelut kehidupan sepanjang pandemik.

Dalam perkembangan terkini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Baca juga: 6.1% Dividen KWSP 2021 Telah Dikreditkan Ke Akaun, Ini Cara Buat Semakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Berikut tiga fakta penting mengenai pengeluaran itu:

  1. Kerajaan telah mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
  2. Keputusan dibuat berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ada dalam kalangan Keluarga
  3. Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
    Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP dalam masa terdekat.

Terdahulu, kerajaan telah membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim yang berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Baca juga: Caruman KWSP Masuk Ke Akaun 1, 4 Fakta Penting Mengenainya

i. i-Lestari

Iklan

Pengeluaran i-Lestari  berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 yang melibatkan simpanan Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan RM50 dan maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.

ii. i-Sinar

Pengeluaran i-Sinar dibuka pada 21 Disember 2020. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Manakala bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1.

iii.i-Citra

Pengeluaran i-Citra yang dibuka dibuka bermula pada 12 Julai sehingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Ia dibuka kepada pencarum berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin yang mempunyai sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000 dan bayaran bulanan dibuat sehingga lima bulan.

Iklan

Semoga pengeluaran ini dapat membantu pencarum KWSP yang terjejas menjalani fasa pemulihan akibat pandemik dan pelbagai insiden lain termasuk bencana banjir.

Baca juga: Pengeluaran I-Lestari Dan I-Sinar KWSP Bagi Yang Ada Pendapatan Bulanan Wajib Kena Zakat

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI