PENULARAN pandemik Covid-19 di Malaysia hampir dua tahun lalu seperti diketahui memberi kesan yang besar dalam masyarakat.

Ada yang dibuang kerja dan dicutikan tanpa gaji. Tidak kurang juga segelintir individu terpaksa menanggung keluarga dalam keadaan gaji dipotong sebanyak 50 peratus.

Situasi seumpama itu semakin hari semakin getir sehingga ada golongan terputus bekalan makanan dek sumber pendapatan terjejas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru, bagi mengurangkan bebanan rakyat kesan pandemik Covid-19, kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran.

Setakat ini pengeluaran wang seperti skim i-Lestari, i-Sinar, i-Citra amatlah membantu orang ramai untuk meneruskan kehidupan.

Namun, demi mengelak risiko pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan, selepas ini caruman KWSP tersebut akan dikreditkan hanya ke Akaun 1.

Pengeluaran i-Sinar KWSP akaun 1 akan kena ganti semula

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, ini fakta lengkap mengenainya;

1. Caruman baharu ahli KWSP yang membuat pengeluaran dana, akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhnya sehingga keseluruhan jumlah diambil itu dapat diganti semula.

2. Pecahan caruman ahli terbabit kemudian akan kembali kepada 70 peratus ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2.

Iklan

3. Usaha kerajaan untuk menambah baik simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar dan i-Citra bagi meringankan beban ditanggung berikutan impak pandemik Covid-19.

4. Berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran skim i-Sinar serta i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun dijangka mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi kuantum simpanan asas ditetapkan mengikut umur.

Baca juga i-Sayang, i-Lindung bakal dilancar 2022, ini 5 fakta mengenainya

Iklan

Mohd Shahar menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) mengenai usaha kerajaan memastikan simpanan KWSP dalam Akaun 1 mencukupi untuk menampung keperluan asas selepas persaraan ahli dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Terdahulu, Shahar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan juga terus meneliti kaedah lain bagi memastikan Jaringan Keselamatan Sosial persaraan rakyat dapat kembali ke tahap sepatutnya.

Moga itu jalan terbaik bagi membantu rakyat menempuhi hari tua nanti.