TERDAHULU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dimulakan semula pada 20 Januari ini setelah ia ditutup sejak negara menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19 dengan peningkatan jumlah kes positif yang tinggi.

Namun, sejak kebelakangan ini kes penularan Covid-19 kembali mencecah angka yang membimbangkan dan kes kematian akibat Covid-19 juga semakin meningkat hari demi hari.

Perdana Menteri juga akan membuat pengumuman khas hari ini bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani masalah tersebut.

Pastinya keputusan mengenai sesi persekolahan akan diteruskan atau sebaliknya menjadi antara perkara yang paling ditunggu-tunggu ibu bapa dan juga pelajar terutama calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap peperiksaan SPM yang dijadualkan Februari ini diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

Memetik laporan portal media tempatan, Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, pihaknya tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil berkenaan juga diiktiraf di banyak negara dan ia setaraf dengan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) di United Kingdom.

NUTP mengharapkan agar peperiksaan SPM dapat diteruskan untuk pelajar SPM yang sepatutnya menduduki pada tahun 2020 itu untuk proses mereka memasuki fasa kerjaya dan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi berjalan lancar.

Jika ditangguh lagi, dikhuatiri akan menjejaskan mereka untuk melanjutkan pelajaran mahupun menempuh alam pekerjaan.

Iklan

TERDAHULU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dimulakan semula pada 20 Januari ini setelah ia ditutup sejak negara menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19 dengan peningkatan jumlah kes positif yang tinggi.

“Pelajar SPM yang memasuki umur 18 tahun ini juga sudah mampu berfikir secara matang dan sedar apa-apa yang berlaku akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran dan memasuki era kerjaya,” katanya.

NUTP juga berpendirian akan menyokong apa jua keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) sama ada untuk menangguhkan pembukaan sesi persekolahan sekiranya kes Covid-19 terus meningkat dan membimbangkan.

NUTP yakin dalam proses pembukaan sesi persekolah pihak KPM akan membuat keputusan tepat berasaskan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan analisis risiko semasa.

Iklan

“Kami di pihak guru dalam keadaan apa sekalipun tetap bersedia menabur khidmat dan berharap aspek keselamatan dan kesihatan diberikan keutamaan dalam apa-apa hal berkaitan pembukaan sekolah,” katanya.

Jadi, sama-sama kita tunggu pengumuman khas yang akan dibuat hari ini dan apakah keputusan yang akan diambil oleh kerajaan.

Stop’ dulu buat pelbagai andaian dan jangan sesekali menyebarkan maklumat palsu pada apa jua platform media sosial yang boleh menyebabkan orang ramai mula panik dengan berita yang tidak benar.

Awas! Menyebarkan berita palsu juga merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang!