Peningkatan kehamilan semasa kuarantin, Gabenor Jawa Barat sindir para suami
PENULARAN wabak Covid-19 menyebabkan kebanyakan wilayah dan daerah di seluruh dunia mengenakan 'perintah berkurung' dengan hanya duduk di rumah bagi membantu memutuskan rantaian virus berkenaan.
Tindakan drastik diambil bagi mengawal virus itu sememangnya membantu. Bagaimanapun, dalam masa sama arahan itu dibuat, lain pula 'wabak' yang melanda.
Di Jawa Barat misalnya, statistik bilangan wanita yang hamil didakwa meningkat sejak tempoh perintah duduk di rumah dan tidak mudik ke mana-mana sepanjang tempoh pemerintah mengawal wabak Covid-19. Hal itu 'memaksa' Gabenornya, Ridwan Kamil terpaksa menitipkan pesan.
Seperti dilaporkan laman gaya hidup dream.co.indo beberapa hari lalu, Ridwan meminta agar suami 'memperlahankan radar dan tidak jangan tergesa-gesa untuk mempunyai anak.
Masyarakat tempatan umumnya maklum tentang cabaran baharu dihadapi Ridwan menjelang akhir Sekatan Sosial Berskala Besar (PSBB) di beberapa wilayahnya bagi mengawal sebaran virus Covid-19.
Usaha dilakukan telah diketahui membantu jumlah kes positif korona di Jawa Barat terus menurun.
Bagaimanapun, penurunan itu disertai dengan peningkatan kadar kehamilan. Justeru, kenyataan Ridwan yang dikenali dengan gelaran Kang Emil itu menarik perhatian para suami di kawasannya.
Melalui akaun Instagramnya, @ridwankamil, Kang Emil berkongsi dua berita. Artikel berita tersebut memuat hasil kaji selidik yang menyatakan bahawa jumlah kehamilan di dua wilayah di Jawa Barat telah meningkat selama pandemik Covid-19.
Dua wilayah yang dimaksud adalah Cirebon dan Tasikmalaya. Sebaik mendapat maklumat hasil ini, Kang Emil juga menulis kapsyen lucu di laman Instagram may.
Kang Emil meminta agar para suami di wilayahnya tidak terburu-buru memiliki anak. " Rada diselowkan dulu," katanya
Di samping itu, beliau bergurau dengan menanyakan nama anak yang sesuai di tengah-tengah wabak Covid-19 yang sedang berlaku.
Muat naik Kang Emil berikut agak menggeletek perut:
"Negatif adalah covid, tetapi positif mengandung. Tolong letakkan suami dalam pertengkaran terlebih dahulu, jangan jadi penggoda. Jika anda dilahirkan ketika pandemi covid, apa nama bayi itu? Nuh," tulis Kang Emil.
Ramal kelahiran ratusan ribu bayi
Terdahulu, Indonesia memperingatkan wanita untuk tidak hamil semasa pencegahan koronavirus, dengan seorang pegawai kanan pemerintah meramalkan ratusan ribu bayi akan lahir semasa wabak tersebut.
"Data kami menunjukkan penurunan 10 peratus dalam penggunaan alat kontraseptif dari bulan Mac hingga April ... 2 hingga 3 juta orang," kata Ketua Badan Perancang Penduduk dan Keluarga Pemerintah Indonesia (BKKBN), Hasto Wardoyo kepada ABC.
Wardoyo mengatakan jika 15 peratus daripada mereka hamil, mungkin ada antara 300,000 hingga 450,000 kehamilan yang tidak dirancang atau kelahiran tambahan.
"Ramai yang teragak-agak untuk menghadiri klinik atau kemudahan kesihatan kerana bimbang jangkitan Covid-19 ... dan banyak klinik dan kemudahan kesihatan juga ditutup," katanya.
"Ada orang yang harus mengambil pil mereka, memasukkan atau mengeluarkan IUD mereka, mengalami vasektomi ... semua ini terkena dampak."
"Data kami menunjukkan penurunan 10 peratus dalam penggunaan alat kontraseptif dari bulan Mac hingga April ... 2 hingga 3 juta orang," kata Hasto.
Penurunan penggunaan alat kontrasepsi yang dilaporkan telah mendorong beberapa nasihat kesihatan awam yang baru, seperti yang terlihat dalam video viral seorang pegawai BKKBN di dalam sebuah kereta peronda di wilayah Indonesia Bangka Belitung.
Pegawai itu, bercakap melalui telefon bimbit, memberi amaran kepada wanita untuk tidak hamil semasa wabak.
"Ingatlah, jika anda hamil pada usia muda, sistem kekebalan tubuh anda akan menurun, wanita boleh mengalami mual pada waktu pagi dan menjadi lebih mudah terkena Covid-19.
"Anda boleh melakukan hubungan seks, anda boleh berkahwin, tetapi tidak hamil. Tuan-tuan, tahan,"kata pegawai itu.
Para pakar mengatakan sistem kesihatan Indonesia sudah berjuang mengatasi jumlah pesakit Covid-19 yang tinggi di hospital.
Indonesia, negara keempat terpadat di dunia, mempunyai jumlah kematian Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara, dengan lebih dari 23,000 kes dan lebih dari 1,400 kematian, lapor ABC.
Maaf, SinarPlus tidak tak pasti adakah terdapat laporan dan kajian seumpamanya di Malaysia.
Apa pun kalau meningkat pun tiada salahnya. Yang penting pandai merancang keluarga dan tiada anak yang terabai bukan? -AG #JanganPutusAsaMalaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang