PENJANA-KPT CAP tangani masalah pengangguran, sebelum mohon ini 9 perkara yang perlu tahu

A
A
A

1.Apa itu Program ‘Upskilling & Reskilling’ PENJANA-KPT CAP?

Kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak Covid-19.

Di bawah Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, objektif utama PENJANA KPT-CAP adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang bergraduat pada tahun 2019 (belum bekerja) atau telah tamat pengajian pada tahun 2020 untuk mengikuti program latihan bagi mendapat kemahiran dan meningkatkan kemahiran dan berpeluang mendapat penempatan pekerjaan setelah tamat program latihan yang diikuti.

PENJANA-KPT CAP tangani masalah pengangguran, sebelum mohon ini 9 perkara yang perlu tahu

2. Siapakah yang layak memohon?

  • Warganegara Malaysia
  • Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
  • Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  • Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.

3. Bagaimana untuk memohon program PENJANA-KPT CAP?

Permohonan perlu melalui portal GREaT (http://great.mohe.gov.my) . Sila rujuk carta alir pengguna.

4. Adakah maklumat peribadi selamat dan dilindungi?

Ya, maklumat peribadi korang adalah selamat dan dilindungi oleh Kerajaan.

5. Sekiranya sistem memaparkan “Maklumat bagi No. Mykad yang dimasukkan didapati tidak layak untuk memohon Program PENJANA KPT-CAP”, apa yang perlu dilakukan?

Korang boleh mencuba dengan agensi lain yang menawarkan Program ‘Upskilling & Reskilling’ PENJANA seperti di soalan 7.

6. Adakah boleh memohon Program PENJANA di bawah agensi lain?

Ya boleh, tetapi penawaran akan diberi hanya satu program sahaja. Jika korang telah diterima untuk mengikuti Program PENJANA di bawah KPT, korang tidak dapat memohon di bawah agensi lain.

7. Adakah agensi lain yang menawarkan Program ‘Upskilling & Reskilling’ PENJANA selain KPT?

Ya. Ada 7 agensi lain yang turut menjalankan program ini iaitu;

8. Apakah perbezaan Program ‘Upskilling & Reskilling’ PENJANA-KPT CAP dengan agensi - agensi lain?

Perbezaan adalah pada sasaran peserta. Program ‘Upskilling & Reskilling’ PENJANA KPT-CAP hanya untuk Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang bergraduat pada tahun 2019 yang belum bekerja atau telah tamat pengajian pada tahun 2020.

Jika korang bukan di dalam kategori ini, korang digalakkan untuk memohon melalui mana-mana agensi lain seperti di 7.

9. Siapa yang perlu dihubungi untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut?

Korang boleh menghubungi urus setia PENJANA KPT-CAP seperti berikut:

Urus setia PENJANA KPT-CAP

Aras 3, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar,

Kementerian Pengajian Tinggi

Presint 5, 62200, PUTRAJAYA

No. Telefon :

KPT : 03-8870 5088/4332/5445

JPT : 03-8870 6473/6464/6479

JPPKK : 03-8888 2667/3406/3511

Emel : penjanakpt[at]mohe.gov.my

Sumber : great.mohe.gov.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca