Penjenamaan semula Sinar.TV ke Sinar Plus

Penjenamaan semula Sinar.TV ke Sinar Plus
Penjenamaan semula Sinar.TV ke Sinar Plus
A
A
A

SELARAS dengan perkembangan semasa, Facebook Sinar.TV kini telah dijenamakan semula dengan menggunakan nama baru, Sinar Plus.

Jika sebelum ini Sinar.TV dikenali dengan penghasilan video-video yang menarik melalui platform Facebook Sinar.TV sahaja namun dengan penjemaan semula ini, Sinar Plus merangkumi segalanya iaitu sebuah portal gaya hidup yang lengkap dengan video untuk golongan yang lebih dekat dengan dunia digital.

Sinar Plus menggunakan tagline Dominasi Gaya Hidup boleh dilayari melalui carian sinarplus.sinarharian.com.my.

Antara ruangan yang dipaparkan di dalam Sinar Plus adalah FYI, Lifestyle, Agama, Kisah Masyarakat dan pelbagai video.

Sejajar dengan penjenamaan semula ini, objektif Sinar Plus adalah seperti berikut:

1. Menembusi dan menghampiri pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan B40 dan M40 yang berusia 25 hingga 35 tahun.

2. Sinar Plus memaparkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang pada masa kini.

3. Paparannya juga adalah untuk memberi inspirasi dan informasi kepada golongan muda yang perlukan perhatian dan rujukan.

Selain portal dan FB, Sinar Plus juga kini sudah mempunyai akaun Instagram dan Twitter sendiri.

FB Sinar.TV (yang akan dikenali dengan nama Sinar Plus) kini sudah mempunyai 416K likes, Instagram 14.1K followers sementara Twitter 838 followers.

Sebagai tambahan juga, Sinar Plus turut terdapat dalam bentuk cetakan iaitu sebagai sisipan di dalam akhbar Sinar Ahad yang disiakan pada setiap hari Ahad.

Perubahan ini perlu selaras dengan misi besar Sinar Harian untuk menjadi media berbahasa Melayu No 1 di Malaysia sama ada melalui akhbar cetakan dan digital.

Untuk maklumat lanjut boleh emelkan sebarang pertanyaan ke editor.sinarplus@sinarharian.com.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca