Penyerang muda Selangor bawa Grab ketika PKP

Penyerang muda Selangor bawa Grab ketika PKP
Penyerang muda Selangor bawa Grab ketika PKP
A
A
A

KINI tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memasuki fasa keempat bermula 29 April ini disebabkan penularan wabak Covid-19.

Krisis wabak Covid-19 pastinya memberi kesan dan tamparan hebat yang besar kepada ekonomi negara.

Covid-19 juga turut menjejaskan beberapa sektor seperti pelancongan dan sektor-sektor berkaitan lain akibat sekatan kemasukkan pelancong asing dan kawalan pergerakan yang menjejaskan aktiviti pelancongan domestik.

Disebabkan itu, ramai kini terpaksa berhadapan tempoh sukar mahalan ada juga yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan atau diminta mengambil cuti tanpa gaji.

Berikutan itu, penyerang Selangor United U-19, Danial Amali tidak hanya berduduk diam atau menunggu bantuan tiba ‘terhidang’ di depan mata.

Beliau mengambil langkah positif dengan mengisi ruang kelapangan sepanjang tempoh PKP dengan menjadi runner Grab Food secara separuh masa.

Berita itu tersebar umum apabila salah seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai ɥsǝuᴉp@ddnsh berkongsi sekeping gambar yang dilihat Danial menaiki sebuah motosikal sedang menghantar pesanan makanan.

Rata-rata warganet memuji tindakan penyerang muda itu malahan ada yang turut menasihat Danial untuk mengutamakan keselamatan kerana Danial dilihat hanya mengenakan selipar ketika menunggang.

“Ni cuma nasihat, nak dengar atau tidak terpulang. Sementara masih ada peluang yang cerah, jaga kaki tu. kalau boleh pakai kasut.

“Bercakap berdasarkan atas pengalaman. Nanti dah tak dapat main bola, akan jadi macam aku. Rindu tersangat tengok kawan main bola kat tv,” tulis Amirul Syafieq.

Danial juga dilihat memberi respon terhadap komen Amirul dengan mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan.

Kesimpulannya rezeki itu ada di mana-mana yang penting usaha. #PastiAdaSinar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca