Peraduan Uji Minda Merdeka: PTPTN bawa mesej ‘merdeka’ dalam konteks bebas hutang

A
A
A

Oleh MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS

Sambutan Hari Kebangsaan yang disambut tidak hanya menunjukkan semangat negara yang telah merdeka daripada penjajahan sejak 64 tahun yang lalu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut melihat kemerdekaan membawa kepada mesej untuk melihat keperluan dan kepentingan masyarakat mempunyai perancangan kewangan yang baik sekali gus mendidik diri merdeka daripada bebanan hutang.

Oleh itu, bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia dialu-alukan menyertai peraduan dan berpeluang memenangi hadiah dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang ditawarkan oleh PTPTN.

Peraduan Uji Minda Merdeka PTPTN X Sinar Harian yang bermula pada 8 hingga 23 September ini menawarkan hadiah dengan nilai keseluruhan RM6,000 kepada 13 pemenang.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peraduan julung kali dianjurkan dengan kerjasama Sinar Harian itu bakal menjadi platform terbaik untuk menyampaikan maklumat dan hala tuju bagi membudayakan perancangan kewangan kepada masyarakat.

Beliau berharap rakyat Malaysia dapat menyemai rasa cintakan negara dan menyemarakkan semangat kebersamaaan melalui peraduan ini.

Tambahnya, semangat merdeka juga boleh diterjemahkan dengan membuat perancangan kewangan yang baik bagi individu atau keluarga agar bebas merdeka daripada keberhutangan.

“Semenjak dahulu lagi, PTPTN memberi peluang kejayaan kepada ramai pelajar agar dapat melanjutkan pengajian ke menara gading sekali gus meneruskan kelestarian kemajuan negara yang kita cintai ini selaras dengan moto PTPTN ‘Peluang Kejayaan Anda’,” ujarnya ketika ditemubual.

Rancang kewangan

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid

Sesuai dengan situasi pandemik Covid-19, beliau turut berkongsi keperluan mempunyai perancangan kewangan oleh semua lapisan masyarakat.

Kos sara hidup semakin hari semakin meningkat, justeru masyarakat perlu mempunyai pengurusan kewangan yang baik agar tidak terjebak dengan masalah keberhutangan dan masalah sosial terutama demi masa depan anak mereka.

Pengurusan kewangan yang lemah boleh menyebabkan keberhutangan yang tinggi seperti pinjaman peribadi, pendidikan, kenderaan mahupun rumah yang gagal dijelaskan.

Ada juga yang meminjam dari institusi kewangan atau memohon kad kredit kerana didorong oleh faktor gaya hidup mewah khususnya orang muda sehingga mereka akhirnya terjebak dengan masalah kewangan.

Inisiatif #PTPTNSediaBantu

PTPTN juga tampil dengan inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi membolehkan peminjam berhubung dengan frontliners PTPTN melalui pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi menyebar luas saluran yang disediakan dan membantu peminjam memahami kelebihan dan kemudahan kami untuk dimanfaatkan secara efektif dan berkesan,” jelasnya.

Menyentuh tentang Peraduan Uji Minda Merdeka PTPTN X Sinar Harian, ia bermatlamat agar masyarakat memperoleh ilmu perancangan kewangan dan mampu memberi impak positif kepada mereka.

PTPTN melalui Sinar Harian turut menerbitkan video kreatif berkonsepkan sketsa dalam talian berjudul “Merdekakah kita?” berdurasi 3 hingga 4 minit yang telah disiarkan pada 8 September 2021 di platform media sosial Sinar Harian dan PTPTN.

Suntikan kesedaran kepada peminjam supaya mempunyai perancangan kewangan mendahulukan bayaran hutang sebelum berbelanja kepada perkara lain, menjadi matlamat utama kandungan video ini.

Selain itu, video ini juga mendidik masyarakat tentang pengurusan kewangan yang baik terutama perkara yang perlu diutamakan dalam kehidupan.

Sertai peraduan

Peraduan Uji Minda Merdeka PTPTN X Sinar Harian terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

Peserta hanya perlu menjawab 15 soalan teka silang kata berkaitan Malaysia dan video Merdekakah Kita? serta mencipta serangkap pantun empat kerat bertemakan PTPTN Merdeka secara kreatif.

Jawapan dan pantun perlu diisi di dalam borang yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian atau melalui facebook rasmi Sinar Harian atau PTPTN.

Borang peraduan hendaklah dihantar melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram di talian 019-213 3315 atau secara dalam talian di pautan Facebook rasmi Sinar Harian atau PTPTN.

Peraduan ini menawarkan hadiah tempat pertama bernilai RM2,000 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime manakala tempat kedua menerima hadiah simpanan RM1,000.

Simpanan RM500 pula disediakan untuk tempat ketiga dan 10 hadiah saguhati dengan nilai simpanan RM250 setiap seorang. Semua pemenang turut menerima barangan eksklusif PTPTN.

Rakan strategik

Ketua Jabatan Iklan Sinar Harian Airol Fadley Limin

Sementara itu, Ketua Jabatan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, PTPTN merupakan rakan strategik yang mengikut arus pemodenan seiring dengan Sinar Harian.

Katanya, hubungan kerjasama strategik PTPTN dengan Sinar Harian yang sudah melebihi 10 tahun kini semakin terbuka menyampaikan idea-idea baharu dalam mencapai objektif.

“Ia adalah satu kolaboratif yang sangat kami hargai bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan pada musim pandemik ini.

“Inisiatif ini merupakan sokongan kepada rakan strategik yang memberi manfaat dan situasi menang-menang kepada kedua belah pihak,” katanya.

Peraduan ini sedikit sebanyak menyemai semangat cintakan negara dan peserta dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan.

Katanya, Sinar Harian merupakan platform integrasi yang mempunyai pelbagai medium seperti media sosial, surat khabar dan laman sesawang yang membantu mencapai objektif rakan

strategik.

“Sinar Harian mempunyai golongan sasar yang dapat memenuhi objektif PTPTN. PTPTN yakin dengan kemampuan kami untuk bantu jayakan hasrat mereka termasuk peraduan sebegini.

“Sinar Harian telah berjaya membuktikan melalui peraduan sebelum ini yang mencapai sasaran dari segi sambutan, penyertaan, rangkaian hubungan di media sosial dan promosi,” ujarnya.

Apa yang menarik katanya, peraduan ini tidak hanya fokus kepada kemerdekaan semata-mata tetapi juga sudut kewangan seperti perancangan kewangan yang baik.

“Kami setuju dengan matlamat PTPTN bahawa sambutan kemerdekaan bukan sahaja berkaitan penjajah tetapi kita perlu melihat dengan lebih luas termasuk bebas daripada hutang,” katanya sambil berharap orang ramai menyertai peraduan ini untuk mendapat ganjaran simpanan masa depan yang berbaloi.

Peraduan julung kali dianjurkan dengan kerjasama Sinar Harian itu bakal menjadi platform terbaik untuk menyampaikan maklumat dan hala tuju bagi membudayakan perancangan kewangan kepada masyarakat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca