Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) kini dibuka

A
A
A

BUAT warga Selangor yang mempunyai tanggungan anak Orang Kurang Upaya (OKU), ini berita baik buat korang.

Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) kini dibuka bermula 15 Februari.

Bantuan khas ini dibuka kepada warga Selangor yang mempunyai tanggungan anak OKU berumur di bawah 18 tahun untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Oleh itu, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Bantuan Khas ANIS ini perlu dibuat secara atas talian (online) di http://www.anis.yawas.my/k_anis/anis/online.php

Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Pastikan sediakan dokumen lengkap ya, jika tidak permohonan tidak akan diproses. Permohonan boleh dihantar secara tiga kaedah iaitu :

  1. Emel daftaranis@gmail.com ATAU
  2. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran ATAU
  3. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) kini dibuka

Syarat dan kelayakan;

Ibu/bapa/penjaga lahir di Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).

  • Ibu/bapa/ penjaga salah seorang pengundi di Selangor.
  • Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah.
  • Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada kad OKU).
  • Sekiranya penjaga merupakan ibu bapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.

Antara dokumen yang perlu disediakan adalah;

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan.
  • Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah ibu bapa anak OKU.
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan anak istimewa.
  • Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)

Baca juga Seperti ‘one stop centre’, ini senarai Channel Telegram menarik perlu disertai

  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja).
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan atau mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebut harga yuran pembelajaran dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

Justeru, mohonlah sekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca