PELAKSANAAN Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown bertujuan untuk mengawal penularan Covid-19 secara tidak langsung menjejaskan pendapatan rakyat terutamanya mereka yang memperoleh gaji harian.

Selain penangguhan bayaran pinjaman bank dan moratarium terdapat juga bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP1.0).

Pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antaranya ditawarkan kepada ahli pada 1 April 2020.

Ia membantu meringankan beban kewangan dihadapi ahli dan majikan sepanjang tempoh PKP yang mana pengeluaran daripada Akaun 2.

 

 

Kemudian, pihak disusuli pula i-Sinar pada 21 Disember 2020 pengeluaran Akaun 1 bagi pencarum KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 untuk kelangsungan hidup.

Bagaimanapun, KWSP dalam satu kenyataan menafikan dakwaan wujudnya pengeluaran i-Sinar 2.0 seperti yang tersebar akhir-akhir ini.

Iklan

“Ini adalah mesej palsu yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas berkenaan permohonan i-Sinar 2.0 dikatakan bakal bermula pada 15 Jun 2021.

“Untuk makluman, permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih dibuka kepada ahli hingga 30 Jun 2021.”

Selain itu, KWSP juga memohon agar para ahli berhati-hati dan mendapatkan informasi sahih menerusi i-Sinar Online dan media sosial rasmi pihaknya.

“Jangan kongsi maklumat yang tidak sahih.

“Berwaspada dengan mesej tidak tepat berkenaan permohonan i-Sinar yang tersebar melalui aplikasi pesanan ringkas.”

Iklan

Ekoran daripada pengumuman yang dibuat KWSP, sesetengah warganet menyarankan agar i-Lestari dan i-Sinar diteruskan untuk fasa kedua sepanjang tempoh total lockdown ini.

“Itu bermaksud rakyat yang mencarum inginkan i-Lestari dan i-Sinar disambung lagi. Nanti janganlah pula cakap kalau dah tua nanti tak ada simpanan. Sekarang ni nak hidup pun bercatu,” kata pengguna Facebook, Muhammad Hanafi Rosly.

“Semoga jadi kenyataan. Tidak salah sambung pengeluaran RM1,000 hingga Disember 2021. Kami kategori 2 tetap mencarum 11 peratus tolak daripada gaji walaupun PKP3.0 akan berakhir entah bila. Dengan OT dan elaun kena stop dahulu,” kata pengguna Azwan Azwan.

“Betul-betu tak sempat tua kena cucuk sejarum macam-macam hal. Jadinya baik habiskan duit KWSP dulu untuk kelangsungan hidup sekarang ni,” kata pengguna Adi Na

“Mohon kerajaan perhalusi lagi pengeluaran i-Sinar ok.. Sebab Covid-19 semkin naik semula. Sekian,” kata pengguna Ellbert Bert.

Pun begitu, diharapkan korang tidak menyebarkan maklumat yang salah dan berita palsu berkenaan i-Sinar dan kewujudan i-Sinar 2.0.

Sumber: KWSP