BAGI yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 1 April lalu bakal berpeluang membuat semakan status permohonan.

KWSP menerusi laman sosial Facebook rasminya mengumumkan status permohonan pengeluaran berkenaan akan boleh mula disemak pada 9 April 2022 ini.

Berikut tiga info penting berkaitan semakan status permohonan pengeluaran berkenaan:

1. Semakan boleh di buat secara atas talian melalui portal Pengeluaran Khas.

2. Setiap permohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my sahaja

3. Pencarum yang memohon tidak perlu untuk mengakses i-Akaun, mengunjungi mana-mana kios KWSP atau cawangan KWSP berhampiran.

Baca juga: 12 Info Terkini Pengeluaran Khas KWSP, Bakal Dibayar Sekali Gus

Terdahulu, KWSP memaklumkan pembayaran Pengeluaran Khas KWSP akan dibuat secara sekali gus pada 20 April 2022 manakala permohonannya dibuka bagi ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 April 2022.

Iklan

Pengeluaran KWSP sebelum ini banyak membantu pencarum terutama dalam mengharungi kemelut kehidupan sepanjang pandemik sejak tahun 2020.

Antaranya melalui pengeluaran khas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Semoga info ini bermanfaat!

Iklan

Baca juga: Dibuka Sehingga 31 April, Ini Langkah Mudah Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI