PERNAH dipuji memiliki antara sistem kuarantin Covid-19 terbaik dunia namun, pihak berkuasa Melbourne sekali lagi terpaksa mengeluarkan arahan ‘lockdown’ atau perintah berkurung di bandar raya itu selama lima hari bermula hari ini berikutan penularan baharu virus berkenaan.

Menurut Reuters, kira-kira lima juta rakyat di bandar raya kedua terpadat di Australia itu tidak dibenarkan keluar rumah selama lima hari, kecuali petugas perkhidmatan yang diperlukan sepanjang tempoh perintah berkurung dilaksanakan.

Sementara itu, Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata, perintah berkurung itu terpaksa dilaksanakan bagi mengawal penularan virus terutama membabitkan kes baharu dari United Kingdom (UK).

“Perintah berkurung ini adalah bagi membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung varian baharu Covid-19 yang lebih mudah menjangkiti.

“Kami yakin dengan tindakan yang diambil ini, kita berupaya melandaikan kes penularan harian,” katanya.

Pernah dipuji memiliki sistem kuarantik terbaik, Melbourne ‘lockdown’ lagi

Sementara itu, akibat perlaksanaan perintah berkurung itu juga telah menyebabkan Kejohanan Tenis Terbuka Grand Slam yang dijadualkan berlangsung minggu ini, tidak akan dihadiri oleh mana-mana penonton.

Namun, ia tetap akan dilangsungkan tetapi hanya pemain dan beberapa kru sahaja dibenarkan berada di lokasi pertandingan tanpa melibatkan sebarang penonton.

Iklan

Beliau berkata, lokasi kejohanan terbabit dikategorikan tempat kerja dan boleh beroperasi dengan kakitangan yang terhad.

Penularan varian baharu Covid-19 itu dikesan berpunca daripada pusat kuarantin menempatkan pelancong asing yang tiba di Australia.

Iklan

Setakat ini, virus itu sudah menjangkiti 13 individu termasuk kakitangan dan ahli keluarga.

Sumber – Reuters