Pernah jadi kegilaan ramai, sistem operasi BlackBerry ditamatkan 4 Januari

BAGI korang yang menlalui zaman remaja pada tahun 2000-an, pasti tidak ketinggalan melihat kewujudan telefon BlackBerry yang menjadi idaman ramai.

Antara sebab ia ingin dimiliki ramai ialah sistem mesej BlackBerry Messenger (BBM) yang membolehkan pemiliknya boleh berkomunikasi dengan rakan  dengan mudah.

Selain itu, papan kekuncinya juga dalam susunan QWERTY membolehkan pemilik menaip menggunakan ibu jari.

Pendek kata jenama Blackberry paling ‘gempak’ hingga ia mendominasi pasaran telefon pintar ketika itu.

Bagaimanapun, setelah kemunculan telefon jenis Android dan iPhone, BlackBerry berhadapan persaingan hebat.

Iklan
Iklan

Baca juga: Hilang di Ipoh, jumpa di Grik, hasil kerja ala FBI, pemuda jejaki telefon hilang tak sampai 24 jam

Syarikat berpengkalan di Kanada itu dalam kenyataannya memaklumkan kini mereka tertumpu kepada perkhidmatan perisian dan keselamatan pintar. Bagaimanapun, proses peralihan dijalankan secara tersusun dan berperingkat.

“Sejak beralih kepada perisian perusahaan dan syarikat keselamatan siber, kami telah menerima soalan tentang rancangani untuk menyediakan sokongan berterusan untuk BlackBerry 7.1 OS dan peranti BlackBerry 10 yang lebih awal. “Pada 2017, kami komited untuk menyediakan sekurang-kurangnya dua tahun lagi sokongan untuk BlackBerry 10 dan sekurang-kurangnya dua tahun akses rangkaian BlackBerry untuk peranti BBOS.

“Pada 4 Januari 2022, peranti yang berjalan pada tawaran perkhidmatan ini melalui sambungan pembawa atau Wi-Fi tidak lagi berfungsi termasuk untuk data, panggilan telefon, SMS dan fungsi 911.

“Terima kasih kepada rakan kongsi dan pelanggan setia kami,” katanya.

Menurutnya, penamatan tawaran perkhidmatan dan infrastruktur itu juga akan memberi kesan kepada fungsi untuk aplikasi seperti Enhanced Sim Based Licensing (ESBL) / Identity Based Licensing (IBL), alamat e-mel yang dihoskan BlackBerry, BlackBerry Link, BlackBerry Desktop Manager, BlackBerry Blend, BlackBerry Protect (membolehkan pengguna untuk mengunci, mencari atau memadam BBOS, peranti BlackBerry 10 dari jauh. Bagaimanapun tiada kesan kepada BlackBerry Protect baharu

Peranti Blackberry yang menggunakan OS Android seperti BlackBerry Priv, BlackBerry KEYone dan BlackBerry KEY2 masih boleh digunakan.

Mungkin ramai yang mengimbau kenangan bersama telefon jenama ini. Berikut 5 fakta mengenai BlackBerry:

1. BlackBerry diasaskan oleh syarikat dinamakan Research in Motion pada tahun 1996.

2. BlackBerry pertama kali dikomersialkan pada tahun 1999 sebagai alat kelui ( pager).

3. Salah satu model pertama ialah yang mempunyai butang di sisi yang membolehkan pengguna menatal melalui menu dan mesej.

4. Kecederaan ibu jari yang disebabkan oleh penggunaan telefon jenama itu dikenali sebagai Berry Thumb.

BlackBerry 8700

5. Lima model paling popular ialah BlackBerry Torch 9800, BlackBerry Storm2 9520, BlackBerry Bold 3 9780, BlackBerry Curve 3G 9300 dan BlackBerry Curve 8520.

Baca juga: Sedang mencari telefon harga bajet? Ini 5 senarai terbaik harga bawah RM500

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Blackberry, Business Insider, New York Times, Tech PP

Foto: Pocket Lint

Share
Azma ML

Recent Posts

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

11 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

14 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

17 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

19 hours ago

42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar…

19 hours ago