PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya.

Untuk rekod, pelakon Mukhsin itu selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Nor Afiqah Ishak Disember tahun lepas.

Menerusi video berdurasi lebih kurang 39 saat itu memaparkan pelakon berusia 31 tahun itu sedang membantu ibu mertuanya memasak di dapur.

Baca ni ‘Ayie off market.’ Syafie Naswip selamat bergelar suami, Afiqah jadi pilihan

syafie

Beliau tampak bersahaja dan tidak kekok menyediakan hidangan nasi goreng walaupun ada ibu mertua bersama.

Nampak sangat aktor lelaki tersebut rajin ke dapur, untunglah isterinya, kan!

Menerusi kapsyennya, tertulis ‘projek mak mertua & menantu.’

Umum mengetahui, Syafie bukan sahaja rajin bercucuk tanam, bahkan memiliki kemahiran memasak.

Baca juga Syafie Naswip cari ketenangan di Kebun Bujang Nilai

syafie naswip

Bahkan sebelum ini, anak kelahiran Kuala Lumpur tesebut dalam satu temu bual bersama Gempak mengatakan, memasak salah satu hobi dan terapi untuk beliau hilangkan stres.

“Sejak kecil, ibu selalu ajar saya memasak. Itu membuatkan saya sudah terbiasa ke dapur. Sekarang nak kata hebat itu tidaklah, tetapi bolehlah untuk menjamu tetamu yang hadir beraya.

“Setiap orang punya cara tersendiri hilangkan stres dan cara saya adalah dengan memasak. Kebetulan jenis yang suka makan, jadi bolehlah saya mencuba pelbagai jenis makanan dengan cara yang sihat,” ungkap beliau kepada Astro Gempak.

Baca lagi Syafie Naswip belum puas berkarya, kerjaya & keluarga jadi keutamaan

syafie 1

Justeru, sesuailah dapat mertua yang sememangnya seorang tukang masak. Dikatakan, ibu kepada isterinya itu mempunyai gerai makan sendiri.

Perkongsian video berkenaan mengundang tumpuan ramai. Rata-rata memuji kehandalan di dapur.

‘Mertua ayie niaga kedai makan ke. Syok tengok masak2 macam tu.’

Iklan

‘Perghh..mahu beratur panjang viral ni kalau Ayie yang masak..full space kedai.’

‘Seronok mak mertua dapat assistant suka dan pandai masak.’

‘Boleh dah nak bukak restoran.’

syafie naswip 1

‘Untunglah pelanggan leh makan retis masak .’

‘Mak mentua & menantu pandai masak, boleh buka kedai ayie.’

Iklan

‘Pandai dia pilih mak mertua. Kena dengan lifestyle dia. Seronok weh ngam.’

Sumber:Instagram syafienaswip

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!