Petua guna limau asam boi rawat batuk degil, lagi lama peram lagi elok

A
A
A

Petua guna limau asam boi rawat batuk degil, lagi lama peram lagi elok

MUNGKIN musim tak menentu sekarang ni mempengarui kesihatan ramai.

Di mana sahaja pasti ade orang batuk mahupun selsema.

Ada yang sudah mencuba pelbagai jenis ubat batuk dari dos yang rendah sehingga paling kuat masih sama sahaja.

Jadi, ikhtiar yang seterusnya boleh cuba cara tradisional menggunakan limau asam boi.

Ramuan yang digunakan ini dikatakan sangat mujarab untuk menghilangkan batuk yang susah nak kebah. Jom cuba!

Menurut wanita yang berkongsi petua ini, ia sebenarnya ramuan kaum Cina.

"Pagi ni sediakan ramuan ubat batuk, pesakit autoimmune macam saya kalau batuk susah nak kebah. So ini la ubat batuk saya selama ni.

"Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum Cina. Kalau ada sahabat yang ada anak-anak batuk dah lama dan tak sembuh boleh cuba," ujarnya.

Cuba juga Membayangkan tekak dibasahi Air Soda Laici Herba memang menggiurkan

Bahan-bahannya;

  • 2 sudu makan madu
  • Air 3/4 balang
  • Limau dan asam boi sama banyak

Cara membuatnya;

1. Bancuh air madu isi dalam botol kaca atau plastik.

2. Belah dua limau jangan putus. Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.

3. Isi asam boi dalam limau. Isi limau ke dalam air madu tadi.

4. Ambil dua sudu makan bancuh dengan air suam (cara minum madu begitu supaya cepat diserap oleh badan), lagi lama perap lagi. bagus.

*Menarik bukan petua ini? Kalau anda sudah mengalami batuk selama berminggu-minggu, boleh cuba petua ini!

Cuba juga 10 minuman segar sesuai dinikmati musim panas

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Hasnah Abdul Kadir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca