SETIAP masakkan ada teknik-tekniknya untuk menjadikan hasil masakkan lebih sedap. Oleh itu, Sinar Plus kongsikan petua bagaimana untuk memasak daging agar hasilnya tidak liat. Daging kalau liat tak lalu nak makan kan. Jadi pastikan anda lakukan ini sebelum masak daging.

1. Gunakan perapan berasid

Penambahan bahan perapan berasid mampu melembutkan daging. Bahan berasid ini seperti cuka, yogurt, susu mentega dan sitrus seperti lemon, oren dan limau nipis.

Antara daging yang sesuai dengan cara ini ialah daging penggantung (hanger steak) dan daging lambung (flank). Ini kerana daging ini merupakan daging dari bahagian otot.

Selain itu, cucuk bahagian daging menggunakan garpu dan perap dengan perapan asid selama 2 jam atau kurang. Jangan terlalu lama kerana ia akan melembikkan daging anda.

2. Perapkan dengan buah kiwi, betik, nanas dan pear

Buah seperti kiwi, betik, nanas dan pear ini mengandungi enzim seperti Papain, Actinidin dan Bromelain yang mampu melembutkan potongan daging.

Potong kulit buah dan lenyekkan buah itu kemudian ratakan buah yang dilenyek itu di atas permukaan daging. Perap selama 30 minit ke 2 jam.

3. Ketuk daging

Untuk menjadikan daging lembut, mudah dimasak dan dimakan anda perlulah mengetuk daging dengan menggunakan pengetuk daging. Ini amat berkesan dalam melembutkan daging. Letakkan lapisan daging sebelum mengetuk bagi menggelakkan pencemaran.

Iklan

4. Masakkan secara perlahan

Bagi potongan daging yang mempunyai tisu penghubung seperti daging dada (brisket), bahu (chuck) dan sepaha (round) seeloknya dimasak secara perlahan seperti braising atau stewing. Ini adalah bagi menghasilkan daging yang lembut dan juicy.

5. Perap daging menggunakan garam

Iklan

Garam dan daging tidak boleh dipisahkan. Apabila anda ingin memasak daging letaklah banyak garam. Ini kerana garam mampu memecahkan fiber otot pada daging sekali gus melembutkan daging anda.

Ini adalah cara terbaik untuk memastikan daging yang dimasak tidak lembik. Pastikan anda lakukan cara ini apabila ingin memasak daging.

Penulis : Suhaila Ali
Sumber : Unsplash dan SAYS