Petua naikkan selera makan anak, wanita kongsi cara orang Cina guna 'emas' hempedal ayam
APABILA anak tidak berselera makan, golongan ibu pasti susah hati. Rupanya ada cara untuk menaikkan selera menggunakan bahagian dalam hempedal ayam dipanggil panggi.
Cuba petua naikkan selera dikongsi pemilik Instagram Soya Belacan iaitu Aisha ini yang menggunakan lapisan dalam hempedal ayam dipanggil 'emas.'
Ujarnya, tidak semua herba dijual sensei berasaskan tumbuhan. Seperti 'emas' ayam ini, jika diambil daripada ayam tidak halal maka ia tidak halal.
"Selepas ini jangan buang hempedal ayam lagi sebab lapisan kuning di dalamnya boleh dijadikan ubat.
"Herba ini dipanggil 鸡内金(ji nei jin) yang bermaksud maksudnya emas dalam perut ayam. Ia untuk mengubati masalah pencernaan.
"Sangat sesuai untuk anak sebab pencernaan mereka belum mantap lagi, senang berangin, tiada selera makan," ujarnya.
Jom ikuti cara penyediaannya:
Bahan-bahan
1 lapisan emas dari hempedal ayam
2-3 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Bijan secukupnya
Sedikit air
Cara penyediaan
1- Bersihkan hempedal dan ambil lapisan Keluarkan lapisan emas di dalamnya.
2-Cuci bersih dan sangai ia sehingga garing.
3-Kisar menggunakan pengisar kering sehingga menjadi serbuk.
4-Masukkan ia ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
5-Tambah garam, bijan dan air. Awas, jangan letak banyak air kerana doh ini kering sahaja.
6-Uli doh hingga tidak melekat dan bahagikan kepada ia kepada beberapa bahagian.
7-Gelek nipis dan sangai di atas kuali tanpa minyak.
8-Pastikan kedua-dua permukaan garing baru diangkat. Siap!
Katanya lagi, selain dijadikan biskut, bahan petua naikkan selera ini juga boleh diletakkan di dalam makanan anak.
View this post on Instagram
"Biasanya orang sangai jadi kering, tumbuk atau blend jadi powder."Boleh letak dalam sup, bubur atau buat biskut macam Aisha.
"Lebih ranggup dan wangi, Bijan pula kaya dengan kalsium," katanya.
Baca juga: Anak hilang selera makan, ini 6 bahan ibu wajib guna dalam masakan
Sumber: Instagram Soya Belacan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang