LENGKUAS bahan rempah ratus yang perlu ada di dapur Melayu. Tak lengkap jadinya rendang atau singgang tanpa kehadiran lengkuas biarpun dalam kuantiti kecil.

Namun yang menjadi masalahnya ialah ia mudah rosak dan lebam jika lama disimpan di dalam peti sejuk.

Pengguna Facebook Faizah Husain berkongsi cara yang digunakan beliau.

“Lengkuas ini agak jarang digunakan tetapi tak lengkap rasanya masakan.

“Ia yang dijual di kedai seketul besar tetapi yang hendak diguna lima, enam hiris jer. Ini Kak Zah ajar cara nak simpan agar tahan lama,” kongsinya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Baca juga: Petua ikan bilis kekal rangup & tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu

Baca juga: Petua simpan tauhu basah tahan berbulan-bulan, buat langkah ini sebelum masuk peti sejuk

PETUA SIMPAN LENGKUAS AGAR TAHAN LAMA

1- Basuh kesan-kesan tanah pada lengkuas. Buang kulitnya dan hiris sampai habis kemudian basuh sekali lagi.

2- Susun hirisan lengkuas di dalam bekas yang leper. Jangan biar ia bertindih atau bersentuh antara satu sama lain.

3-Simpan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku sehingga lengkuas keras seperti ais.

4- Keluarkan semula dari peti sejuk dan terus isi ia ke dalam bekas plastik atau plastik Ziplock.

5-Masukkan segera sebelum lengkuas berair. Tujuan membekukannya ialah supaya kepingan lengkuas tidak melekat antara satu sama lain dan senang diambil.

Iklan

Jadi anda tidak perlu mencairkan sebekas walhal hendak digunakan hanya beberapa keping.

6- Simpan semula lengkuas tadi ke dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Insya-ALLAH dengan cara ini aa tahan lama dan lebih mudah berbanding kaedah rendam dalam air kerana perlu kerap menukar air.

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus &  blender

Baca juga: Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh &  letak 7 sudu bahan ini

Sumber: Facebook Faizah Husain

Iklan

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!