BUKAN semua orang bernasib baik semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan sahaja negara itu, malah hampir seluruh negara di seantero dunia mengimplemenkan perintah berkurung demi kebaikan rakyat.

Paling terkesan, semestinya individu yang kehilangan kerja akibat penutupan operasi syarikat, namun lebih ramai berdepan dengan tindakan pengurangan gaji.

Bagi peniaga pula, mereka juga berdepan kerugian dan hilang punca rezeki sepanjang PKP.

Pun begitu, jangan mudah putus asa. Seperti yang dikongsikan Akif Jamaludin dalam akaun Twitternya, masih ada peluang dan ruang untuk mencuba kerja sampingan untuk menjana duit poket.

Pemilik akaun Twitter @justakifff yang berusia 28 tahun itu, antara lain memberikan pandangan dan idea bernas kepada mereka yang kehilangan kerja.

gig job

Justeru, Akif telah menyenaraikan 28 jenis job sampingan yang boleh dicuba untuk mereka yang sedang mencari kerja atau mahu menambah duit.

Berikut adalah:

1. Grabcar (jadi driver/rider): https://grab.com/my/

2. Foodpanda (rider): https://foodpanda.my

3. 123RF (jual gambar/video): https://123rf.com

4. DeliverEat (rider): https://jom.delivereat.my

5. Favser (Buat duit berdasarkan skill/ freelance jobs): https://favser.com

6. Freelancer (freelance jobs): https://freelancer.com

7. Goget (freelance jobs): https://goget.my

8. iStock (jual gambar/video): https://istockphoto.com

9. Jompaw (jaga kucing/haiwan): https://jompaw.com

10. Lalamove (delivery rider/driver): https://lalamove.com

11. Kaodim (freelance jobs): https://kaodim.com

gig job12. http://MakCikTravels.com (freelance jobs, perempuan sahaja): https://makciktravels.com

13. Matdespatch (delivery rider/driver): https://matdespatch.com/my/

14. MyBump Media (tampal pelekat iklan pada kereta): https://mybump.my

15. MyCar (driver): https://mycarasia.com

16. RidingPink (driver, perempuan only): https://ridingpink.com

17. ServisHero (freelance jobs): https://servishero.com/my/en

18. Snapask (jadi tutor): https://snapask.com

19. Supahands (freelance jobs): https://supaagents.com

Iklan

20. TapauJe (rider): http://tapauje.my/racer/

gig job

21. Thelorry (delivery services): https://thelorry.com/my

22. Udemy (ajar orang): https://udemy.com

23. Upwork (freelance jobs): https://upwork.com

24. Maxim (driver): https://taximaxim.com/my/en/

25. Sifututor (online tutor): https://sifututor.my/en/online-home-tuition/

26. Bateriku (freelance technician): https://bateriku.com

Iklan

27. Moovby (sewakan kereta anda): https://moovby.com

28. Mula (driver/rider): https://mula2u.com

Jika senarai gig job tersebut masih belum dapat membuka pintu rezeki, Akif juga turut membantu orang ramai yang tercari-cari kerja sesuai melalui aplikasi, thekedua.com.

gig job

Menurut pemuda itu, aplikasi mudah alih itu memberi peluang kepadanya untuk menjana pendapatan sampingan dengan mudah.

“Apa yang saya suka, aplikasi mudah alih ini cukup mudah diakses dan semuanya ada dalam satu platform. Jadi tak perlu nak Google untuk mencari kerja, semuanya ada dalam aplikasi itu.

“Barangkali ramai yang tak tahu kewujudan aplikasi ini, harap-harap dapat membantu mereka yang kesempitan hidup akibat dibuang kerja,” katanya.

Nah! Banyak bukan peluang kerja yang boleh dicuba? Jangan buang masa lagi dan cubalah mana-mana yang sesuai ya. Apa yang penting, jangan putus asa! #janganputusasamalaysia