KINI, kita masih di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksana pada 4 Mei lalu dan dijangka akan tamat pada 9 Jun akan datang.

Namun, adakah ‘kelonggaran’ yang diberikan kepada orang ramai akan menyumbang semula kepada peningkatan kes baharu akibat wabak Covid-19?

Tambah-tambah lagi kita bakal menerima kunjungan bulan Syawal nanti.

Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood memberi nasihat jika kita tidak mengikut SOP norma baru yang disarankan kerajaan, kita mungkin akan berhadapan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi pada Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah lonjakan kes Covid-19 di negara ini.

“Sudah semestinya kita tidak mahu bukan?,” tulis di Twitternya semalam.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman setelah perhimpunan keluarga menyebabkan kes kematian.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran akibat Covid-19, kita boleh hilang segala usaha dan kawalan yang kita lakukan selama ini. Mari berjaga-jaga.

“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah satu langkah pencegahan yang baik? Ayuh kekalkan perkembangan baik kita,” tulisnya di Twitter lagi.

Iklan

Sementara itu, di Arab Saudi, perintah berkurung juga telah diumumkan pada tempoh perayaan aidilfitri dari 23 sehingga 27 Mei ini.

Artikel Berkaitan: Jangan ambil mudah, kunjung-mengunjung sesuka hati pada hari raya

Tanpa pelaksanaan PKP semasa hari raya, mampukah pergerakan masyarakat dihentikan dari melakukan ziarah dan berkunjung?

Iklan

Tepuk dada tanya selera…

#PastiAdaSinar