PKP: Calon pekerja baharu perlu kuasai temu bual maya

PKP: Calon pekerja baharu perlu kuasai temu bual maya
PKP: Calon pekerja baharu perlu kuasai temu bual maya
A
A
A

BERIKUTAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), calon yang ingin mencari pekerjaan perlu menguasai temu bual maya berikutan semakin ramai majikan yang beralih kepada temu bual maya untuk tujuan pengambilan baharu.

Temu bual maya adalah temu bual yang dilakukan dari jarak jauh, kadangkala melalui telefon, tetapi sering menggunakan teknologi seperti persidangan video dan platform komunikasi dalam talian yang lain.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Pembangunan Tenaga Kerja Dagang NeXchange Bhd, Zety Zalina Mohd Zain berkata, kunci kepada kejayaan temu bual video ialah calon perlu bersedia untuk melengkapkan diri mereka dengan alat teknologi yang diperlukan dan mengujinya terlebih dahulu.

“Pastikan anda bersedia untuk itu sama seperti anda lakukan untuk temu bual secara langsung. Sediakan jawapan yang sesuai untuk soalan yang sering ditanyakan semasa temu bual supaya tidak tersekat-sekat semasa temu bual dalam talian,” katanya.

Ketua Sumber Manusia Innovation Associates Consulting Sdn Bhd Mohd Ghaus Omar pula berkata, pencari kerja juga perlu mempunyai kemahiran teknikal yang mencukupi dalam menggunakan teknologi untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Katanya penting bagi calon untuk memastikan sambungan Internet yang stabil untuk temu bual berikutan ia boleh mengecewakan apabila talian tidak stabil.

Dalam perkembangan lain, Dagang NeXchange berkata pihak pengambilan boleh memanfaatkan pendigitalan untuk penambahbaikan proses seperti Dagang Net eScroll, platform inovatif disokong blockchain untuk majikan, siswazah, universiti dan penyedia latihan untuk mengesahkan sijil akademik dan latihan.

Boleh didapati melalui https://escroll.dagangnet.com/ dan aplikasi mudah alih di Google Play Store, perkhidmatan itu dapat mencegah pemalsuan, tidak seperti dokumen berasaskan kertas yang tradisional.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca